Bill Gates Sebenarnya Bukanlah Lelaki Yang Terkaya Di Dunia

Umum mengetahui yang Bill Gates mengondoli gelaran lelaki terkaya di dunia selama beberapa tahun berturut-berturut.

Kedudukan ini diikuti oleh beberapa tokoh usahawan lain yang terkenal seperti Warren Buffet, Jeff Bezos, Mark Zuckerberg dan lain-lain.

Namun, dikatakan, sebenarnya ada tokoh usahawan lain yang sebenarnya mempunyai jumlah kekayaan yang lebih banyak daripada Bill Gates.

Syarikat Microsoft mungkin mengaut keuntungan berbillion dolar setiap tahun, namun dikatakan syarikat Tata Group dari India mengaut keuntungan yang lebih daripada itu.

Ingin tahu kenapa mereka tidak pernaha tersenarai dalam kelompok manusia terkaya di dunia?

#1-Cerita Di Sebalik Tata Group.

Related image

Syarikat Tata Group telah diasaskan oleh Jamsetji Tata pada tahun 1868.

Di bawah teraju syarikat ini, mereka mempunyai 96 lagi anak syarikat yang mana 30 daripadanya telah disenarai menjadi milikan awam.

Antara syarikat yang berada dibawah kendalian mereka adalah Tata Steel, Tata Motors, Tata Consultancy Services, Tata Power, Tata Chemicals, Tata Global dan everages, Tata Teleservices, Titan, Tata Communications, Taj Group dan lain-lain.

Dan jumlah permodalan pasaran keseluruhan syarikat ini bernilai RM719 billion.

Namun begitu, pemilik Tata Group yang terkini iaitu Ratan Tata tidak pernah tersenarai dalam golongan.

Hal ini demikian kerana, 65% daripada keuntungan mereka didermakan dan digunakan untuk tujuan kebajikan.

Malahan, nilai kekayaan pemilknya direkodkan tidak melebihi 1 billlion dolar kerana dia tidak pernah menggunakan kekayaan syarikat untuk kekayaan peribadinya.

#2-Kisah Pengasas & Pewaris Syarikat Tata Group.

Image result for tata group owner

Anak kepada pengasas Syarikat Tata Group, Navajbai Tata, telah mengambil seorang anak angkat iaitu Naval Tata yang merupakan ayah kepada Ratan Tata dari senuah rumah anak yatim.

Ratan Tata merupakan cicit angkat kepada pengasas syarikat ini yang dilahirkan pada tahun 1937.

Ratan menyambung pengajian dalam bidang seni bina di Universiti Cornell sebelum melanjutkan pelajaran ke Harvard Business School pada tahun 1975.

Beliau mewarisi perniagaan Tata Group pada tahun 1991. Beliau berjaya meningkatkan keuntungan syarikat sebanyak 10% sepanjang menerajui syarikat.

#3-Keluarga Tata Generasi Usahawan Yang Dermawan.

Related image

Keluarga Tata ini memang sudah dikenali kerana sifat dermawan mereka yang suka menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bermula sejak zaman pengasasnya lagi, syarikat ini seringkali menyumbang kepada kebajikan demi pembangunan setempat.

Setakat ini, mereka telah menaiktaraf fasiliti untuk penjagaan kesihatan, sistem pendidikan, mempertahankan hak penduduk dan memelihara sektor sukan dan kesenian di India.

Kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan bukan setakat di negara mereka, India namun syarikat ini turut aktif melakukan aktiviti sosial secara global.

Antara amal kebajikan yang mereka lakukan adalah menyumbangkan derma bernilai jutaan dolar kepada Universiti Harvard bagi pembinaan bangunan baharu mereka.

Mereka juga turut mengeluarkan produk penapis air untuk kegunaan domestik dan dijual pada harga murah bagi membolehkan rakyat India yang berpendapatan rendah mampu untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Sememangya, rakyat India bergelut dengan masalah sumber air yang terhad dan kurang bersih.

Mereka juga turut mendirikan hospital mereka sendiri dan membantu kerajaan untuk memerangi penyakit wabak seperti malaria dan demam denggi dengan mendirikan institusi penyelidikan.

Mereka juga turut melaburkan sejumlah wang yang besar untuk mencipta perisian yang membolehkan golongan yang buta huruf untuk belajar membaca dengan cepat.

Kesemua aktiviti sosial yang dilakukan oleh kumpulan Tata Group adalah untuk membantu rakyat India yang kebanyakkannya berpendapatan rendah dan miskin.

Syarikat Tata Group sememangnya syarikat yang sangat menjaga kebajikan pekerjaya. Sifat dermawan pemilik syarikat dan aktiviti sosial yang mereka lakukan menyebabkan syarikat ini disayangi oleh rakyat India.



Sumber Bill Gates Sebenarnya Bukanlah Lelaki Yang Terkaya Di Dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post