Tokoh-Tokoh Usahawan Berjaya Yang Bermula Pada Usia Yang Lewat

#1-Thomas Siebel, Syarikat Siebel Systems.

Related image

Siebel memiliki 7 orang adik-beradik dan dia merupakan satu-satunya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah, bisnes dan sains komputer.

Setelah menamatkan pengajian, dia bekerja di Oracle Corporation dan menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Dia kemudiannya berjaya membangunkan Siebel Systems dan menjadi usahawan yang berjaya sehinggalah dia berusia 41 tahun.

Kini, syarikat itu menguasai sektor pengurusan perhubungan pelanggan dengan perkongsian saham sebanyak 45%.

#2-Reid Hoffman, Pengasas Syarikat Linkedin.

Related image

Beliau menghabiskan masa selama 15 tahun hanya untuk mencari matlamat hidup selepasa menamatkan pengajian di Universiti Stanford.

Pada usia 35 tahun, akhirnya dia memutuskan untuk menjadi seorang usahawan dan mengasaskan LinkedIn.

Ia merupakan satu laman sosial yang dicipta untuk golongan profesional dan mula digunakan secara umum ketika dia berusia 43 tahun.

#3-Robert Noyce, Pengasas Syarikat Intel.

Image result for robert noyce

Dia merupakan seorang saintis yang sejati sepanjang zaman bermula selepas menamatkan pengajian dalam bidang fizik dan matematik.

Noyce juga berjaya mendapatkan kedoktoran dalam bidang fizik di MIT.

Dia kemudiannya bekerja sebagai penyelidik kejuruteraan dan menubuhkan syarikat Fairchild Semiconductor.

Bermula hanya pada usia 40 tahun, barulah dia menubuhkan syarikat Intel dan berjaya hingga ke peringkat global.

#3-Dave Duffield, Syarikat PeopleSoft.

Related image

Dave memiliki sarjana dalam jurusan pengurusan bisnes. Dia telah menubuhkan banyak syarikat IT dan konsultan selepas menamatkan pengajian.

Pada usia 46 tahun, akhirnya dia melancarkan PeopleSoft dan syarikatnya dikenali dunia.

#4-John Pemberton, Syarikat Coca-Cola.

Image result for john pemberton

Ayahnya merupakan seorang usahawan dan memmpunyai syarikat French Wine Cola.

Namun begitu, pada usia 55 tahun, ayahnya terpaksa merumuskan semula resepi produk minuman keluaran mereka kerana kerajaan Atlanta telah mengubah polisi perlesenan dan undang-undang produk.

Jadi, John telah membantu ayahnya untuk mencipta formula minuman mereka yang baharu di mana penggunaan wine telah diganti dengan gula.

Ini bertepatan dengan kehendak polisi yang tidak membenarkan penggunaan alkohol di dalam minuman biasa.

Coca-Cola mendapat sambutan ramai dan dikatakan dapat mengubati pelbagai penyakit pada ketika itu.

Pekerjanya kemudian mengetahui formula minuman cola yang baharu dan syarikat tersebut dibeli oleh pelabur baharu   selepas kematiannya.

#5-Kolonel Harland David Sanders, Pengasas KFC.

Image result for colonel sanders

Satu dunia tahu mengenai bagaimana Kolonel hampir membunuh diri kerana menganggap dirinya telah gagal dalam kehidupan.

Dia tidak mempunyai wang simpanan walaupun sudah tua, gajinya terlalu kecil dan miskin, isterinya meninggalkan dirinya bersama anak-anak.

Dia seringkali dipecat menyebabkan dia berputus asa dengan kehidupan. Namun, dia membatalkan niat untuk membunuh diri dan mencuba nasib buat kali terakhir dengan menjual ayam goring di sebuah stesen.

Siapa sangka, ayam goreng masakannya menjadi kegemaran ramai dan membuka francais melalui perjanjian dengan beberapa pelabur.

Kini, ayam goreng ciptaannya yang dikenali sebagai KFC telah menjadi terkenal ke seluruh dunia walaupun selepas beliau meninggal dunia.

#6-Ray Kroc, Pengasas Bersama Syarikat McDonalds.

Image result for ray kroc

Ray Kroc pernah menjual mesin susu kocak di seluruh negara sehinggalah dia bertemu dengan Maurice dan Richard McDonald yang menjual makanan segera

Mereka terlebih dahulu telah menggunakan konsep restoran pandu lalu pada ketika itu.

Kroc terinspirasi dan merasakan ia adalah satu peluang bisnes yang baik lalu meminta dan memujuk McDonalds untuk menjadikan bisnes mereka sebagai rangkaian francais dan dia melaburkan duitnya bagi tujuan itu.

Kini, McDonalds adalah rangkaian restoran makanan segera yang terbesar dan paling popular di seluruh dunia.



Sumber Tokoh-Tokoh Usahawan Berjaya Yang Bermula Pada Usia Yang Lewat

Post a Comment

Previous Post Next Post