KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyenarai dan mengambil tindakan terhadap institusi kewangan serta pengantara yang tidak mematuhi peraturan, bermula Januari 2018.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata langkah itu bertujuan meningkatkan kesan tindakan penguatkuasaan.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Antarabangsa Jenayah Kewangan dan Jenayah Keganasan Kesembilan, di sini, hari ini.
Sejumlah RM115.8 juta denda dan penalti dikenakan di antara 2015-Jun 2017 terhadap institusi yang melanggar peraturan BNM. - BERNAMA
Sumber BNM senarai institusi kewangan langgar peraturan
Tags:
bplus