Bomba selesai periksa 702 pusat tahfiz, sekolah pondok

Rescue Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengakibatkan 21 pelajar dan dua guru rentung pada 14 Sept 2017. ― Foto Reutersworkers at the Darul Quran Ittifaqiyah religious school in Kuala Lumpur after a fire broke out in the wee hours of the morning, September 14, 2017. ― Reuters picRescue Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengakibatkan 21 pelajar dan dua guru rentung pada 14 Sept 2017. ― Foto Reutersworkers at the Darul Quran Ittifaqiyah religious school in Kuala Lumpur after a fire broke out in the wee hours of the morning, September 14, 2017. ― Reuters picTEMERLOH, 1 Okt — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas 702 daripada 2,428 pusat pengajian Islam di seluruh negara.

Timbalan ketua pengarah (pembangunan) bomba Datuk Amer Yusof berkata laporan terperinci mengenai tahap keselamatannya dijangka dapat dikeluarkan dalam tempoh sebulan.

“Terdapat 2,428 pusat pengajian agama di negara ini merangkumi 929 pusat tahfiz, 290 buah sekolah pondok, 394 sekolah agama dan 815  sekolah agama negeri.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas 702 buah pusat pengajian ini meliputi semua aspek, khususnya keselamatan,” katanya di sini, hari ini.

Amer berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Paya Luas di sini hari ini.

Majlis disempurnakan pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan turut hadir pengarah bomba Pahang Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Sementara itu, Abdul Wahab berkata di Pahang, terdapat 32 pusat pengajian Islam telah menjalani pemeriksaan keselamatan bomba.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati sebanyak 46 pusat pengajian Islam berdaftar manakala 33 lagi  belum berdaftar. — Bernama



Sumber Bomba selesai periksa 702 pusat tahfiz, sekolah pondok

Post a Comment

Previous Post Next Post