Minum arak hak individu, tak perlu pesta, kata Balasubramaniam

Pengambilan minuman alkohol dianggap hak individu seseorang sekalipun boleh menjejaskan akhlak dan kewarasan minda peminumnya. — Foto ReutersPengambilan minuman alkohol dianggap hak individu seseorang sekalipun boleh menjejaskan akhlak dan kewarasan minda peminumnya. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 1 Okt — Pengambilan arak adalah hak dan pilihan individu tetapi menganjurkan pesta tidak harus berlaku, kata Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Pengerusinya N Balasubramaniam berkata pihaknya tidak menyokong pesta arak kerana minuman beralkohol menyebabkan individu hilang akhlak dan minda, lapor Sinar Harian.

“Mana-mana agama tidak benarkan dan dan menggalakkan penganutnya minum arak. Dalam agama Hindu sendiri, melalui kitab Veda dan Tamil Thikutul, arak adalah perkara dilarang.”

Beliau juga tidak nampak rasional penganjuran pesta Better Beer Festival 2017.

“Kalau nak minum, minum saja, jangan dibuat pesta dan ajak orang lain minum bersama,” katanya semalam.

PAS sebelum ini membantah penganjuran pesta arak sebelum permohonan penganjur acara tesebut dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).



Sumber Minum arak hak individu, tak perlu pesta, kata Balasubramaniam

Post a Comment

Previous Post Next Post