Bos SPRM selar menteri: “Kerajaan kata tak ada duit, bajet agensi semua kena potong, tapi buat agensi baru”

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.

Dzulkifli berkata, menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.

Siapa menteri ini? Siapa menteri yang mahu mengawal bagaimana kita menyiasat kes?

Kita sepatutnya bebas. Jika alasan untuk membentuk JITN adalah untuk memantau SPRM, mengapa perlu saya melaporkan kepadanya?

Dzulkifli mempersoalkan mengapa terdapat keperluan segera untuk menubuhkan agensi berkenaan sedangkan peruntukkan untuk semua jabatan dan agensi telah dipotong.

Bagaimana ada wang untuk menubuhkan JITN?” kata Dzulkifli.

Saya agak serius mengenai perkara ini dan kami menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan dalam kabinet,” katanya selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Madrasah Raiyah Islamiah di Balik Pulau, semalam.

 

Sumber: Siakapkeli



Sumber Bos SPRM selar menteri: “Kerajaan kata tak ada duit, bajet agensi semua kena potong, tapi buat agensi baru”

Post a Comment

Previous Post Next Post