Bukan polis sekat, PBT ada kuasa izin pesta di Klang

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kuasa meluluskan pesta minuman Jerman ada pada PBT atau majlis daerah dan bukannya polis. — Foto Bernama Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kuasa meluluskan pesta minuman Jerman ada pada PBT atau majlis daerah dan bukannya polis. — Foto Bernama KUALA LUMPUR, 2 Okt — Kuasa sebenar meluluskan pesta minuman Jerman di Klang terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT), kata ketua polis negara.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan kuasa tersebut terletak pada Majlis Perbandaran Klang (MPK) atau majlis daerah dan bukannya polis.

“Di pihak kami, kami tidak [bersetuju] dengannya [acara ini] kerana ada ancaman nyata berhubung isu ini,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

“Kami akan memberi nasihat kepada mereka," tambahnya, dengan menegaskan bukan polis mengharamkan pesta tersebut, yang kini menjadi pertikaian ramai.

Polis sebelum ini menyatakan pesta arak di Kuala Lumpur tidak diluluskan oleh dewan bandar raya setelah wujud ancaman keselamatan terhadap pesta itu.

Sementara permohonan di Petaling Jaya tidak mendapat kelulusan susulan bantahan, termasuk wakil-wakil PAS.

MPK sebelum ini dilaporkan meluluskan pesta tersebut setelah polis menyokong permohonan permit tetapi membatalkan dengan alasan polis berubah pendirian.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber Bukan polis sekat, PBT ada kuasa izin pesta di Klang

Post a Comment

Previous Post Next Post