Disebalik Gaya Lebih Sopan 64 Gadis Litar F1 'Finale'

Pereka fesyen duo yang tidak asing lagi, Rizman Ruzaini, sememangnya tidak pernah gagal dalam menghasilkan rekaan yang kreatif, cantik lagi unggul khas buat wanita-wanita di Malaysia.

Baru-baru ini, mereka tampil dengan suatu kelainan menerusi rekaan pakaian seragam gadis litar Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia Petronas 2017 bagi tahun ke-19 yang kelihatan lebih sopan dan kekal elegan.

Ia terdiri daripada dua rekaan eksklusif yang diinspirasikan daripada potongan baju kurung serta kebaya yang memanfaatkan fabrik jenis renda serta “crepe” agar tampak unik.

Menerusi laporan sebuah blog tempatan, Rizman dan Ruzaini menjelaskan mereka amat mementingkan keselesaan buat kesemua 64 orang gadis litar yang menggayakan seragam itu memandangkan mereka akan memakainya sehari suntuk di litar dari jam enam hingga lima petang.

Kesempatan mereka busana untuk gadis litar 'F1 Finale' juga dianggap sebagai satu penghormatan buat Rizman dan Ruzaini kerana berpeluang menyumbang idea segar mereka dan dipersembahkan di acara berprestij dunia itu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), pada Ahad lalu.



Sumber Disebalik Gaya Lebih Sopan 64 Gadis Litar F1 'Finale'

Post a Comment

Previous Post Next Post