‘Dobi Islam’ tidak wajar di negara majmuk, kata mufti WP

Kedai dobi layan diri di Muar, Johor yang hanya membenarkan pelanggan Islam mencetuskan kontroversi sejak dua minggu lalu. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaKedai dobi layan diri di Muar, Johor yang hanya membenarkan pelanggan Islam mencetuskan kontroversi sejak dua minggu lalu. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaKUALA LUMPUR, 3 Okt — Tindakan mengehad pelanggan dobi untuk orang Islam sahaja tidak harus berlaku dalam masyarakat majmuk, kata mufti Wilayah Persekutuan.

Datuk Zulkifli Mohamad berkata amalan mendiskriminasi pelanggan pelbagai kaum tidak wajar walau matlamat pengusaha dobi itu baik.

“Justeru, kami memandang tidak sewajarnya wujud bentuk diskriminasi bahkan diizinkan untuk sama menggunakannya.

“Ini menatijahkan perasaan yang tenang dalam masyarakat dan keharmonian yang hendak dicapai akan terhasil,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menampilkan keterangan dan bukti ayat al-Quran tentang kebersihan dan cara bersuci, beliau berkata hubungan sesama manusia bertaut pada semangat kemanusiaan, bukan hanya pada umat aqidah.

“Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara,” katanya.

Beliau mengulas isu kedai dobi layan diri di Muar, Johor, yang hanya membenarkan pelanggan Islam hingga menular di media sosial sejak dua minggu lalu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kemudian menitahkan pemilik kedai itu memohon maaf kepada rakyat negeri itu.



Sumber ‘Dobi Islam’ tidak wajar di negara majmuk, kata mufti WP

Post a Comment

Previous Post Next Post