Hamil 4 bulan, Kylie Jenner Berhabis RM300,000 Beli Pakaian Bayi

Hamil 4 bulan, Kylie Jenner Berhabis RM300,000 Beli Pakaian Bayi

Foto: Just Jared

Biar pun tuan punya badan belum memberikan jawapan pasti, hampir semua media telah sebarkan berita mengatakan bintang siri realiti, Kylie Jenner kini sedang hamil empat bulan hasil hubungan dengan kekasihnya, Travis Scott. 

Maklumat terbaharu yang diperolehi dari sumber terdekatnya, Kylie sudah mula menyiapkan kelengkapan untuk anak yang bakal lahir. Dia telah membelanjakan hampir USD70,000 (RM300,000) untuk membeli barangan keperluan serta pakaian bayi. 

Menerusi TMZ juga, Kylie sibuk membelanja secara online pakaian bayi dari jenama mewah. Pastinya anak Kylie nanti akan menjadi salah seorang bayi paling fashionable.

Selain membeli-belah secara online, sumber itu turut memberitahu Kylie telah mengunjungi sebuah butik menjual barangan bayi di San Fernando Valley. Dengan kandungan baru berusia empat bulan, pasti almari anak yang bakal lahir itu sudah hampir penuh.

Anak Kylie dan Travis ini dikhabarkan akan lahir pada Februari 2018 nanti.



Sumber Hamil 4 bulan, Kylie Jenner Berhabis RM300,000 Beli Pakaian Bayi

Post a Comment

Previous Post Next Post