“Jangan peluk dan bercium, tapi kalau sentuh tangan boleh” – Pesan isteri Irwansyah

Pelakon popular Indonesia Irwansyah menafikan khabar angin dibayar RM1 juta untuk terlibat dengan drama 60 episod berjudul Dia. 

Irwansyah berkata, dia menerima bayaran berpatutan dengan tanggungjawab yang dibawa sebagai pelakon utama drama itu.

“Saya tidak menerima bayaran sebanyak itu tapi boleh dikatakan berbaloilah untuk tiga bulan penggambaran.

“Tapi saya tiada masalah tentang wang kerana pada saya pengalaman berlakon dalam produksi ini lebih penting,” ujarnya kepada mStar Online.

 

Irwansyah ditemui pada majlis pelancaran drama 60 episod berjudul Dia di One Utama, di sini.

Drama arahan Eoon Shuhaini itu akan ditayangkan bermula 14 Oktober ini di slot Akasia, TV3.

Penyanyi lagu Pencinta Wanita itu bakal bergandingan dengan pelakon Janna Nick, Izara Aishah dan Adi Putra.

Jangan Peluk, Cium 

Dalam pada itu, ditanya tentang syarat yang diletakkan isterinya aktres Indonesia Zaskia Sungkar untuk berlakon di Malaysia, Irwansyah berkata, dia tidak dibenarkan melakukan adegan cium dan berpelukan.

 

“Dia ada meletakkan syarat seperti tidak boleh berpelukan dan cium. Tapi kalau setakat bersentuhan tangan itu masih boleh.

“Lagi pun saya masih tahu batas-batas sebagai seorang suami,” ujarnya.

Drama Dia mengisahkan tentang percintaan sejati Adit iaitu Irwansyah yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah) walaupun hatinya terlalu mencintai Aira (Janna Nick).

Drama kolaborasi syarikat produksi Indonesia iaitu Iimelight Pictures ini juga menjalani penggambaran sebanyak 30 peratus di negara jiran itu.

Sumber: Mstar



Sumber “Jangan peluk dan bercium, tapi kalau sentuh tangan boleh” – Pesan isteri Irwansyah

Post a Comment

Previous Post Next Post