ANAK dan isteri bercuti ke luar negara… Tapi mana ayahnya? Inilah soalan yang sedang berputar di dalam kepala si ‘mulut joyah’ sekarang ni kan.
Pelakon tinggi lampai, Syatilla Melvin kini sedang bercuti ke kota London bersama dengan keluarganya tanpa suami tercinta, Shaheizy Sam di sisinya.
Jangan cepat sangat buat andaian konon Sam telah disenarai hitam daripada ke luar negara. Hakikatnya Sam kini sedang mempersiapkan dirinya bagi pengambaraan filem Polis Evo 2 tidak lama lagi.
Konon berita Sam telah muflis membuatkan dia tidak dapat mengikuti keluarganya bercuti ke luar negara. Alahai Joyah betul korang ni kan.
“Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 tidak lama lagi.
“Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini, jadi saya harus mempersiapkan diri,” ujarnya dipetik daripada Harian Metro.
Sebelum ni, Sam juga tidak mengikuti Tilla dan keluarga mereka bercuti ke Vietnam. Mungkin sebab kali ini mereka ke London pun Sam tak ikut, sebab tu banyak yang ‘prihatin’ nak tahu kenapa sekali lagi Sam tak ikut.
Mei lalu, industri hiburan dihangatkan apabila Sam dikatakan telah menerima notis muflis apabila namanya telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abd Samad telah menegaskan bahawa perkara ini tidak ada kena megena dengan isu LHDN yang telah melandanya sebelum ini.
Malah, dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengena isu itu kerana peguamnya sedang menguruskan hal tersebut
Semoga semuanya dipermudahkan dan pada ‘mulut joyah’ semua, jangan asyik suka nak hentam orang je. Siasat dulu ya, jangan main tuduh sahaja.
Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Sumber “Joyah betul korang ni kan. Shaheizy Sam tak ikut Syatilla dan keluarganya bercuti ke London bukan sebab muflis la tapi…”