“Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira” – Catalonia bakal isytihar kemerdekaan keluar dari Sepanyol

"Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira" - Catalonia bakal isytihar kemerdekaan keluar dari Sepanyol

“Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira” – Catalonia bakal isytihar kemerdekaan keluar dari Sepanyol

BARCELONA- Catalonia bakal ‘mengisytiharkan kemerdekaan’ dalam tempoh beberapa hari lagi membuatkan Sepanyol kini bersedia untuk menghadapi satu pergolakan politik baharu.

Menurut laporan BBC, Carles Puigdemont berkata kerajaan pimpinannya dijangka melakukan pengisytiharan itu pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan.

Beliau berkata demikian selepas ratusan ribu penduduk Catalonia mengadakan perhimpunan pada Ahad lalu bagi membantah keganasan polis terhadap penduduk yang mengundi dalam pungutan suara kemerdekaan.

Meskipun pungutan suara diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah, namun pemimpin catolina mendakwa keputusan suara tersebut menunjukkan wilayah terbabit mempunyai hak untuk berpisah, selain boleh mengisytiharkan kemerdekaan secara sebelah pihak.

“Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira,” kata Puigdemont.

Via: SK


Sumber “Kami akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam tempoh 48 jam, selepas semua keputusan rasmi dikira” – Catalonia bakal isytihar kemerdekaan keluar dari Sepanyol

Post a Comment

Previous Post Next Post