Video: “Saya jumpa arwah mak dan ayah semasa koma tapi mereka tak mahu bercakap” – Datuk Mahadzir Lokman

Video: "Saya jumpa arwah mak dan ayah semasa koma tapi mereka tak mahu bercakap" - Datuk Mahadzir Lokman

Video: “Saya jumpa arwah mak dan ayah semasa koma tapi mereka tak mahu bercakap” – Datuk Mahadzir Lokman

“Selama lima hari saya ‘hilang‘, saya diberi kesempatan oleh Allah SWT berjumpa arwah ibu bapa dan dua adik beradik lain. Saya bertanya kepada ibu bapa kenapa tidak mahu bercakap dengan saya.

“Malah tidak lama selepas itu, saya turut berasa seperti di awang-awangan dan melihat ramai orang di sekeliling.” itu adalah cerita dari pengacara terkenal Datuk Mahadzir Lokman, 60, yang kini telah sedar sepenuhnya dari komen.

Beliau sejak 24 September lalu sebelum telah dirawat dirawat di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas tidak sedarkan diri.

“Apa saya ceritakan ini mungkin orang susah nak percaya tetapi saya yang melaluinya perlu berkongsi,” katanya.

Beliau menyifatkan hidupnya kini merupakan peluang kedua dan amat bersyukur kerana diberikan kesembuhan kepadanya.

Mahadzir menyifatkan ia peluang kedua untuknya dan berkata, dia bersyukur kerana diberi kesembuhan dan berdoa semoga terus mendapat kesihatan baik.

“Apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang hanya dirasai bagi mereka yang melaluinya. Bagi saya, ini hikmah daripada Allah SWT.


“Saya tidak menyangka perkara ini terjadi kepada diri sendiri. Apabila diceritakan semula oleh keluarga, dalam fikiran saya sudah meninggal dunia.


“Namun sebaliknya kerana Allah SWT masih panjangkan nyawa saya.


“Malah, apabila sedar daripada koma saya sentiasa berdoa semoga terus diberikan kesihatan yang baik. Dalam masa sama, saya fikir ini hanya pinjaman sementara buat saya,”katanya.

Mahadzir berkata, selepas ini dia ingin meluangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini dan membantu orang seni visual.

“Tipu kalau kata saya tidak teringat soal kerja. Apatah lagi saya jenis kuat bekerja. Namun, apabila perkara ini terjadi, sudah tiba masanya saya berehat dan fikir diri sendiri.


“Jika tidak berehat, ia bermakna saya merosakkan diri sendiri. Dalam masa sama, saya perlu perbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan kepada orang. Malah pembantu rumah sentiasa pesan, selepas ini saya jangan lupakan Allah SWT lagi.


“Soal kerja pula, banyak perancangan ingin dibuat. Satu daripadanya saya nak membantu dan membela nasib artis seni visual,” katanya.

Sumber: Siakapkeli.my

 



Sumber Video: “Saya jumpa arwah mak dan ayah semasa koma tapi mereka tak mahu bercakap” – Datuk Mahadzir Lokman

Post a Comment

Previous Post Next Post