Mahu masa sendiri, Siti Nurhaliza ‘rehat’ beberapa bulan

Siti Nurhaliza berehat beberapa bulan selepas 21 tahun terlibat dalam dunia hiburan. — Foto ihsan TheHive.Asia . — TheHive.Asia picSiti Nurhaliza berehat beberapa bulan selepas 21 tahun terlibat dalam dunia hiburan. — Foto ihsan TheHive.Asia . — TheHive.Asia picKUALA LUMPUR, 3 Okt — Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza berehat beberapa bulan selepas 21 tahun terlibat dalam dunia hiburan, kata pengurusnya.

Rozi Abdul Razak berkata penyanyi nombor satu negara itu bukan menyepikan diri kerana popularitinya jatuh atau sudah tidak lagi relevan.

“Selama 21 tahun lebih berbakti dan mengabadikan tanpa meninggalkan lebih dari satu bulan kerjayanya, beberapa bulan ini dia memilih untuk berehat,” katanya dalam catatan di Instagram.

“Selama 21 tahun bernisbah hanya beberapa bulan. Janganlah menghakimi beliau kerana beliau berhak untuk memilih ‘masa’ untuk dirinya.”

Rozi yang memuat naik gambar daripada akaun Siti selepas kunjungannya semalam, berkata Siti sedar ramai peminat merindui kemunculannya.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan usahawan kosmetik “Simply Siti” itu sedang hamil.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selama 11 tahun dan dilapor mengalami keguguran pada 2015.



Sumber Mahu masa sendiri, Siti Nurhaliza ‘rehat’ beberapa bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post