“Mak ayah banyak diam, akan menangis bila sebut nama arwah” – Luahan abang anggota TLDM yang mati dalam tahanan

"Mak ayah banyak diam, akan menangis bila sebut nama arwah" - Luahan abang anggota TLDM yang mati dalam tahanan

“Mak ayah banyak diam, akan menangis bila sebut nama arwah” – Luahan abang anggota TLDM yang mati dalam tahanan


”Ibu bapa saya masih sedih”, kata Muhammad Ridhuan Mohd Sukri, 28, yang juga abang kepada Allahyarham Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, yang meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, 3.15 Jumaat lalu.

Katanya lagi, hingga kini ibu bapanya akan menangis setiap kali perihal Allahyarham disebut walaupun pemergian Allahyarham sudah beberapa hari berlalu. Dia berharap kesihatan ibu bapanya tidak terjejas walaupun hakikatnya mereka masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa Muhammad Lailatulman.

“Mereka banyak diam, termenung, kelihatan susah hati dan ada kalanya menitiskan air mata.

“Saya sebagai abang, dah cukup terkesan dengan peristiwa tersebut, inikan pula ibu bapa yang menyara dan membesarkan kami,” katanya.

Ujarnya lagi, Nur Liya Asmira Yahya, 24, yang juga adik iparnya menunjukkan sikap yang sama dan masih bersedih dengan pemergian suaminya itu.

Nur Liya Asmira yang tinggal di Kampung Lubok Stol bersama-sama anaknya, Aisyah Humaira yang berusia 4 bulan turut meluangkan masa di rumah ibubapanya ini.

“Kami percaya dia cekal, kuat menghadapi situasi ini dan kami mendoakan agar masa akan mengubati luka yang kami hadapi,” katanya ketika membuat persiapan majlis tahlil adiknya itu.

Mohd Ridhuan turut berkesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menziarahi dan mendoakan kesejahteraan arwah.

Jumaat lalu, Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuman maut di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dua anggota tersebut menjalani latihan fizikal namun mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum muntah serta sesak nafas.

Jasad Allahyarhan Muhamad Lailatulman dikebumikan Ahad lalu di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, pada jam 9.30 pagi.

Via: SK



Sumber “Mak ayah banyak diam, akan menangis bila sebut nama arwah” – Luahan abang anggota TLDM yang mati dalam tahanan

Post a Comment

Previous Post Next Post