Ramai antara kita hari ini memang ada keinginan untuk berniaga, tapi rata-rata menjadikan alasan modal yang besar penghalang untuk mereka memulakan perniagaan kerana tidak mampu atau belum cukup.
Ada yang mengimpikan membuka pusat dobi layan diari ang modalnya sudah puluhan ribu ringgit, ada yang nak ada produk sendiri yang juga menelan banyak modal.
Ramai tidak tahu yang tidak tahu, ada jutawan di Malaysia sebenarnya berniaga hanya mengeluarkan modal yang kecil, ada yang tidak perlu pun mengeluarkan wang melainkan usaha dan tekad untuk berjaya yang merupakan kunci untuk berjaya dalam bidang bisnes.
Nama safiey ilias mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi, kisahnya dalam dunia perniagaan cukup dikagumi, manakan tidak pada usia 17 tahun dia sudah mempunyai simpanan hampir RM200 ribu, dan pada umur 19 tahun dia sudah boleh membeli rumah sendiri secara tunai.
Apa yang mengejutkan perniagaan yang dijalankannya bermua tanpa modal, biar betul tanpa modal?
Perkara ini didedahkan sendiri oleh beliau melalui laman Facebooknya di mana kejayaan yang dia nikmati kini bermula dengan hanya menjadi dropship.
Jom kita baca.
Ramai orang tanya berapa modal saya berniaga dulu… Kalau nak tahu saya mula dengan menjadi seorang dropship je..
Siapa cakap berniaga kena modal besar? Saya cuma promote barang dan ambil order. Stock pun tak pegang.. semua barang dipost oleh supplier.
Masa tu saya tak ada ilmu. Saya cuma ada semangat! Semangat tak nak susahkan mak ayah minta duit. Walau umur 16 tahun, saya tetap tak nak cari income sendiri! Saya pegang BIG WHY saya tu kuat2!
Kepayahan saya banyak.. terpaksa call customer guna public phone. Dekat asrama tak boleh bawa telefon. Sebab tu saya marah sangat siapa yang selalu bagi alasan untuk berniaga, sebab awk tak lalui kepayahan mcm saya lalui.
Lepas dh ada duit sikit, baru saya order barang dan pegang stok. Saya start pegang barang 3 bulan lepas menjadi dropship. Saya pastikan setiap hari saya dapat jual 1-2 kotak barang yang saya promote. Kalau tak dapat, saya tetap akan pujuk rayu customer sampai mereka beli! Saya beri input2 dan tips kecantikan yang betul daripada konteks biologi dan dunia estetik!
Saya jadi dropship berilmu! Ilmu2 tu saya belajar daripada doktor estetik saya dekat kuantan. Saya bukan menjual biasa. Sya beri fakta kimia dan sains! Sebab tu ramai orang nak beli barang saya.
Zaman sekarang ramai orang ego tak nak mulakan berniaga menjadi dropship.
Saya cuma cas RM100 untuk ilmu berbisnes tapi ramai tolak dan bagi alasan. Semua nak benda free tapi akhirnya hidup mereka tak berubah pun. Tanpa ilmu awak sesat!
Jangan malu menjadi dropship. Sambut lah peluang yg ada. Jadilah dropship berilmu! Itulah beza awk dengan dropship lain. RM100 tu saya ajar awk menjual dengan kasih sayang dan ilmu.. bukan jual jual jual.. itu makan diri!
Saya sedih tengok ramai dropship di luar sana tak dapat buat sales sebab mereka terlalu hard selling.. nak bayar RM100 berkira-kira. Akhirnya, masa berlalu pergi.
Tahun depan ekonomi semakin susah, adakah mahu tunggu? Kalau ujian mendatang, anda bersedia? Jika orang tersayang yg beri anda duit dan sumber sara hidup meninggal, anda ada simpanan?
Bangunlah.. jangan leka! Kita nak bantu. Jadi dropship pun boleh buat duit! Kerana saya…. adalah bekas dropship. Dan kini, saya perlu bantu lebih ramai dropship buat income..
KONGSIkan status ini jika anda dapat manfaat!
Via: SK
Sumber “Saya dulu umur 16 telefon pelanggan guna public phone, sebab tu saya marah orang bagi alasan susah berniaga” – Safiey Ilias