Mercedes-Benz Berasal Daripada 2 Syarikat Kereta Yang Berbeza

Mercedes Benz adalah salah satu jenama kereta mewah di dunia. Hampir semua orang mengenali jenama ini.

Kenderaan yang berasal dari Jerman ini telah wujud sejak lebih daripada seratus tahun lamanya.

Bisnes ini kini telah diambil alih oleh Daimler-Benz dan berpusat di Stuttgart, Jerman.

#1-Sejarah Kereta Benz & Mercedes.

Image result for mercedes benz founder

Carl Benz merupakan pengasas kepada syarikat kereta mewah ini. Dia telah mempatenkan ‘Benz Patent Motorwagen’ bermula pada tahun 1886.

Ramai orang mengiktiraf kereta Benz adalah ciptaan kereta mobil yang pertama di dunia.

Setahun kemudian, Gottlieb Daimler dan juruteranya Wilhelm Maybach turut membuat penambahbaikan pada enjin petrol dan berjaya menggantikan pengangkutan kereta kuda yang meluaskan penggunaannya pada suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik, walaupun Benz dan Daimler tinggal di selatan Jerman dan mencipta model kereta mereka pada waktu yang lebih kurang sama namun mereka tidak pernah berjumpa dengan satu sama lain.

Benz menggunakan slogan ‘A replacement for the Horse’, bagi iklan keretanya pada tahun 1886.

Walaubagaimanapun, Model kereta Daimler lebih mendapat perhatian dan meraih popularity berbanding model keretanya.

Kereta rekaan Daimler juga turut memenangi perlumbaan yang mana membuatkan ia terkenal.

Ramai usahawan dan bangsawan yang berminat dengan kereta rekaan Daimler antaranya adalah Emil Jellinek.

Dia merupakan orang pertama yang membeli kereta rekaan Daimler pada tahun 1897

Kerana berasa kagum dan menyukai kereta ini, dia menawarkan peluang kepada Daimler dan Maybach untuk mengeluarkan kereta ini dalam jumlah yang banyak yang mana semua kos akan ditanggung olehnya.

Antara syarat yang dikenakan ialah mereka harus menggunakan nama Mercedes untuk kereta tersebut berbanding nama Daimler sendiri.

Mercedes adalah nama anak perempuan kepada Jellinek sendiri. Kereta ‘Mercedes’ pertama akhirnya diapasarkan pada tahun 1901.

Ia merekodkan sejarah jualan yang mengagumkan dan dengan pengenalan kereta Mercedes, bermulalah era baharu bagi kenderaan enjin.

Kereta Benz terlebih dahulu dipatenkan manakala kereta Mercedes secara rasminya memasuki pasaran 5 tahun selepas itu.

#2-Penggabungan Syarikat Mercedes & Benz.

Image result for mercedes benz company

Syarikat ini bergabung pada tahun 1926 apabila syarikat Daimler-Motoren-Gesellschaft diambil alih oleh Benz & Cie.

Anak kepada Daimler yang mewarisi syarikat itu menggunakan simbol 3 bintang sebagai logo syarikat sebagai penjenamaan logo satu bintang yang digunakan oleh ayahnya dahulu.

Dengan penggabungan syarikat DMG milik Daimler dan Benz & Cie pada tahun 1926, meeka menggabungkan nama ‘Mercedes’ dan ‘Benz’ sebagai logo dan ‘trademark’ syarikat mereka yang dikatakan turut melambangkan kejayaan dan kemuliaan.

Pada tahun 1930, Mercedes menjadi semakin terkenal ke seluruh dunia apabila Adolf Hitler mennggunakan kereta ini dengan fungsi kalis peluru.

Kereta ini sememangnya popular ketika zaman pemerintahan Nazi dan masih kekal popular dan ternama sehingga kini.

Jenama Mercedes-Benz sering dikaitkan dengan kualiti dalam kelasnya yang tersendiri, kejuruteraan yang genius dan merupakan salah satu pembuat kereta terbaik di dunia.

Selain kereta, syarikat ini juga turut menghasilkan kenderaan lain seperti limosin, bas dan trak.

Slogan mereka yang terkenal adalah ‘The best or nothing’ dan kereta mereka sememangnya terbaik dan acapkali digunakan dalam filem ‘blockbuster’.

Kini, mereka adalah syarikat pengeluar kereta gergasi dunia dan merupakan sebahagian daripada ‘German Big 3’ bersama-sama dengan syarikat Audi dan BMW.



Sumber Mercedes-Benz Berasal Daripada 2 Syarikat Kereta Yang Berbeza

Post a Comment

Previous Post Next Post