“Orang melayu jangan mengamuk membunuh ‘angsa bertelur emas’ (UMNO)” -Mat Taib

Mat-Taib

Kuasa politik di dalam negara harus sentiasa dipegang bangsa Melayu tanpa menafikan hak bangsa lain, ata bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini, selang 2 minggu menyertai semula Umno.

Muhammad atau Mat Taib berkata, sekiranya bangsa Melayu hilang kuasa politik, masa depan mereka terutama di kawasan kampung tidak terbela.

“Bagi saya, kuasa politik mesti berada di tangan orang Melayu, tidak boleh ada pihak lain yang menguasai politik negara. Orang Melayu hanya ada satu harta pusaka iaitu kuasa politik.

“Orang Melayu belum lagi mampu untuk kuasai ekonomi,” katanya pada sidang media di rumahnya hari ini.

Sambil menyifatkan situasi politik Malaysia kini dalam keadaan “terdesak”, Mat Taib berkata ia bukan alasan untuk “bakar rumah ini”.

Bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) 4 penggal yang memegang jawatan menteri besar Selangor selama 11 tahun itu sebelum ini keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2013. Selepas 2 tahun, beliau menyertai PKR.

Pada 17 September lalu, Najib dalam satu sidang media khas yang turut dihadiri pemimpin tertinggi Umno lain mengumumkan kemasukan semula Mat Tain ke dalam Umno dalam usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.

Angsa emas

Mat Taib berkata orang Melayu jangan mudah mengamuk ketika memilih wadah perjuangan sehingga membunuh “angsa bertelur emas” iaitu Umno.

“Ia supaya anak cucu kita selamat, saya bukannya rasis. Apa lagi wadah politik yang dapat membantu orang Melayu selain Umno.

“Namun, dalam kita hidup berbilang agama dan bangsa, kita mesti benarkan bangsa India dan Cina yang terbaik untuk pegang jawatan tertinggi.

“Bangsa Cina boleh kuasai ekonomi, bangsa India boleh kuasai lapangan profesional. Namun wadah politik mesti dipegang Melayu, kuasa politik tidak boleh diberikan kepada pihak lain,” katanya.

Sementara itu, beliau menyifatkan kecapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya sebagai bukti dan warna sebenar bekas perdana menteri itu.

“Masa saya duduk sepentas bersama beliau, dia puji saya. Maknanya jika di sebelahnya semuanya malaikat, maka kalau menentangnya semuanya musuh. Namun saya tidak mahu menentangnya.

“Dia (Dr Mahathir) pernah lantik saya untuk menjadi menteri besar Selangor, tetapi hari ini saya tinggalkan Dr Mahathir, sebaliknya saya pilih untuk menjaga orang Melayu.

 

Sumber: FMT



Sumber “Orang melayu jangan mengamuk membunuh ‘angsa bertelur emas’ (UMNO)” -Mat Taib

Post a Comment

Previous Post Next Post