Taktikal Guardiola mula nampak hasil

CHELSEA 0 MANCHESTER CITY 1

Pep Guardiola memuji persembahan Manchester City apabila pendekatan yang diterapkannya sejak musim lalu sudah membuahkan hasil selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea.

Jaringan gol tunggal Kevin De Bruyne pada minit ke-67 memastikan tiga mata penuh untuk City kekal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berkongsi mata dengan seteru, Manchester United.

Tetapi keputusan perlawanan merupakan penekanan yang diketengahkan oleh Guardiola selepas berjaya mengetepikan juara bertahan di Stamford Bridge.

De Bruyne merupakan pemain terbaik perlawanan tetapi pengurusnya memberikan pujian secara menyeluruh kepada pasukan, bermula daripada gandingan pertahanan John Stones dan Nicolas Otamendi kepada jentera serangan yang dibarisi oleh Raheem Sterling, Gabriel Jesus dan Leroy Sane.

"Kami sangat gembira dengan kemenangan ini, kerana kami datang untuk mendapatkan keputusan, terutama sekali dengan gaya permainan kami.

"Chelsea memiliki kekuatan fizikal dan pantas. Mereka juga mampu melakukan sesuatu dalam perlawanan ini.

"Kami berani melakukan gerak, mengawal bola, serta memberikan tekanan kepada lawan," kata Guardiola.

Tambahnya, Stones dan Otamendi memainkan peranan yang penting mengawal gerakan Alvaro Morata, Willian, dan Eden Hazard. Mereka mampu menghukum kami.

"Sane, Jesus dan Sterling cemerlang pada ketiak menyerang. Mereka berjaya memberikan kesukaran kepada Chelsea.

"Kami akan terus berusaha untuk memastikan momentum ini berterusan pada perlawanan akan datang," ujarnya.



Sumber Taktikal Guardiola mula nampak hasil

Post a Comment

Previous Post Next Post