Tanah runtuh, lorong lebuh raya Timur-Barat ditutup (VIDEO)

Paparan skrin video menunjukkan cerun di Seksyen 140 Lebuh Raya Timur Barat runtuh pagi ini, 4 Oktober 2017. — Video ihsan Facebook/JKR Hulu Perak Paparan skrin video menunjukkan cerun di Seksyen 140 Lebuh Raya Timur Barat runtuh pagi ini, 4 Oktober 2017. — Video ihsan Facebook/JKR Hulu Perak GERIK, 4 Okt — Hanya satu lorong Lebuh Raya Timur Barat dibuka akibat tanah runtuh di Seksyen 140 jalan utama itu sejak malam tadi.

“Laluan dari arah Jeli ditutup kerana risiko terlalu hampir dengan runtuhan dan sebagai zon penampan,” kata Jabatan Kerja Rakyat (JKR) Hulu Perak.

Kenyataan ringkas itu juga memuatkan beberapa keping foto dan video yang menunjukkan kes cerun runtuh di kawasan berkenaan.

“Sila patuhi arahan pegawai bendera yang bertugas dan patuhi arahan papan tanda sedia ada,” kata jabatan itu lagi di Facebook.

Pagi tadi, JKR mengeluarkan notis di media sosial sama bahawa dua arah ditutup buat sementara bagi kerja-kerja pembersihan jalan antara Gerik-Jeli.

Cerun itu dikesan mulai runtuh sejak malam tadi dan JKR terus memantau kejadian itu dan menjalankan kerja pembersihan.



Sumber Tanah runtuh, lorong lebuh raya Timur-Barat ditutup (VIDEO)

Post a Comment

Previous Post Next Post