AirAsia, Grab nafi terlibat ekspo kerjaya Alor Setar

Ekspo di Alor Star ini mengundang kontroversi selepas pengunjung mendakwa dikenakan bayaran untuk membeli borang permohonan kerja. — Paparan skrin FacebookEkspo di Alor Star ini mengundang kontroversi selepas pengunjung mendakwa dikenakan bayaran untuk membeli borang permohonan kerja. — Paparan skrin FacebookKUALA LUMPUR, 4 Okt — AirAsia dan Grab menafikan terlibat dalam ekspo kerjaya di Kedah hujung minggu lalu.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata pihak penganjur menggunakan logo AirAsia itu tanpa kebenaran seperti dalam promosi di media sosial.

“AirAsia ingin mengesahkan bahawa syarikat ini tidak mengambil bahagian dalam expo kerjaya anjuran Jobsifu.com Malaysia yang diadakan di Alor Setar, Kedah,” menurut AirAsia dalam satu kenyataan disiarkan mStar Online.

Sementara itu, Grab Malaysia turut menafikan terlibat dalam ekspo kerjaya sama.

Pengurus komunikasinya berkata Grab sekadar menawarkan kod promosi bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ke ekspo berkenaan.

“Kami tidak membuat sebarang promosi tawaran pekerjaan ketika ini.

“Kami hanya diminta untuk menyediakan kod promosi bagi kemudahan pengangkutan sahaja,” Regina Robin dilaporkan berkata.

Ekspo kerjaya itu mengundang kontroversi selepas salah seorang pengunjung mendakwa dikenakan bayaran untuk membeli borang permohonan kerja.



Sumber AirAsia, Grab nafi terlibat ekspo kerjaya Alor Setar

Post a Comment

Previous Post Next Post