Tegur jiran baling batu terkena anak saudara punca Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi cedera ditikam lelaki kurang siuman

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shahadan cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian di hadapan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.

 

 

Tegur jiran baling batu terkena anak saudara punca Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi cedera ditikam lelaki kurang siuman

Tegur jiran baling batu terkena anak saudara punca Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi cedera ditikam lelaki kurang siuman

 

 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam tadi, Sohaimi dikatakan berkunjung  ke rumah jirannya untuk memaklumkan ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.

 

“Lelaki itu kemudian menikam Sohaimi di bahagian belakang kepala dan bahu kanan serta turut menikam anak saudara lelaki Sohaimi yang datang untuk membantunya di bahagian kepala dan pipi menggunakan objek tajam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Somu berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu  telah menahan suspek manakala Sohaimi dan anak saudaranya dihantar ke Hospital KPJ di Damansara untuk mendapat rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan kes  disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. — Bernama

 
Sumber: Mynewshub

 



Sumber Tegur jiran baling batu terkena anak saudara punca Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi cedera ditikam lelaki kurang siuman

Post a Comment

Previous Post Next Post