Tidak salah papan tanda ‘Muslim sahaja’, kata bekas ketua hakim

Tun Abdul Hamid berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai kepada kerajaan dan bukan individu. — Foto oleh Yusof Mat IsaTun Abdul Hamid berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai kepada kerajaan dan bukan individu. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 15 Okt — Pengusaha dobi tidak melakukan kesalahan dengan meletakkan papan tanda “Muslim Sahaja”, kata Tun Abdul Hamid Mohamad said.

Bekas ketua hakim itu berkata apa yang terkandung dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai kepada kerajaan dan bukan individu.

“Pengusaha laundret adalah seorang ahli perniagaan. Dia boleh memilih untuk berniaga dengan sesiapa yang dia mahu.

“Dia tidak perlu memberi apa-apa sebab kepada sesiapa. Seorang peniaga tentu sekali mahu perniagaannya maju.

“Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah berjumpa satu peruntukan undang-undang di Malaysia yang mengatakan perbuatan itu salah di sisi undang-undang.

“Tolong tunjuk kepada saya jika ada,” coret di blog miliknya pada Jumaat.



Sumber Tidak salah papan tanda ‘Muslim sahaja’, kata bekas ketua hakim

Post a Comment

Previous Post Next Post