Tuduhan Tun Mahathir bahawa Najib cuba beli Syed Saddiq tak berasas – Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba ‘membeli’ Ketua Pemuda parti itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan nilai RM5 juta adalah kenyataan yang tidak berasas.

 

 

Tuduhan Tun Mahathir bahawa Najib cuba beli Syed Saddiq tak berasas - Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara

Tuduhan Tun Mahathir bahawa Najib cuba beli Syed Saddiq tak berasas – Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara

 

 

Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, berkata ia kenyataan yang tidak bertanggungjawab Dr Mahathir yang cuba ‘membunuh’ karakter dengan cara menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti kepemimpinan Perdana Menteri.

Katanya, ia jelas bersifat berat sebelah dan strategi lapuk yang sering digunakan Dr Mahathir untuk musuhnya.

“Sekiranya dakwaan ini benar, seharusnya perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

“Hebahan media hanyalah bersifat propaganda demi meraih publisiti murahan untuk kelangsungan politik. Tambahan lagi, beliau sepatutnya membuat pendedahan secara umum berkenaan identiti pihak yang menawarkan sejumlah wang yang besar itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mahathir dalam satu portal berita dilaporkan berkata, percubaan menyogok Syed Saddiq adalah cara Najib memenangi pilihan raya.

Malah, beliau mendakwa selain Ketua Pemuda Bersatu itu, terdapat juga pemimpin lain dari partinya yang mendapat tawaran sama.

Mengulas lanjut, Wan Md Hazlin Agyl berkata, tindakan Dr Mahathir itu adalah satu lagi strategi terdesak PPBM bagi mendapatkan sokongan pengundi muda yang menyokong kepemimpinan Najib.

Katanya, penggunaan media sosial dan aplikasi “WhatsApp” yang didominasi golongan belia digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan berita berkenaan sedangkan tiada bukti kukuh dikemukakan berhubung tuduhan itu.

“Budaya ini adalah justifikasi terhadap tindakan menabur benih-benih kecurigaan terhadap integriti kepemimpinan negara.

“Akhirnya, apabila hebahan dibuktikan tidak benar oleh sistem perundangan negara, dan apabila tindakan undang-undang diambil, Kerajaan dituduh sebagai cuba campur tangan dengan cara membuat dakwaan terpilih dan bermotif politik pula.

“Pembohongan demi pembohongan sanggup direkayasa oleh pemimpin pembangkang bagi menghalalkan tindakan mereka,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Tuduhan Tun Mahathir bahawa Najib cuba beli Syed Saddiq tak berasas – Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara

Post a Comment

Previous Post Next Post