Ular sawa batik 100 kilogram masuk kampung

Ular sawa batik seberat 100 kilogram ditemui di Kampung Pelindung Pantai di Kuantan, 4 Okt 2017. — Foto ihsan Facebook/Bernama OffBeatUlar sawa batik seberat 100 kilogram ditemui di Kampung Pelindung Pantai di Kuantan, 4 Okt 2017. — Foto ihsan Facebook/Bernama OffBeatKUANTAN, 4 Okt — Penduduk Kampung Pelindung Pantai di sini ‘menerima tetamu tidak diundang’ iaitu ular sawa batik seberat 100 kilogram petang, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan Kapten (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman berkata reptilia sepanjang tiga meter itu ditemui pada pukul 2.34 petang di tanah lapang kampung itu.

“Ular itu dikatakan dijumpai seorang penduduk yang membersihkan tanah dengan menggunakan jengkaut. Beliau menghubungi pihak berkuasa dan kami mengambil masa selama hampir 10 minit untuk menangkapnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Shaifu Nizam berkata mereka menggumakan besi penjerut bagi kerja tersebut dan ular itu kemudiannya dilepaskan di kawasan tidak berpenghuni di daerah ini pada sebelah petang. — Bernama



Sumber Ular sawa batik 100 kilogram masuk kampung

Post a Comment

Previous Post Next Post