Viral lelaki mengamuk tomyam tertumpah atas anak, dakwa pemilik kedai campak RM200, ini penjelasan cerita sebenar oleh saksi kejadian

Viral lelaki mengamuk tomyam tertumpah atas anak, dakwa pemilik kedai campak RM200, ini penjelasan cerita sebenar oleh saksi kejadian

Viral lelaki mengamuk tomyam tertumpah atas anak, dakwa pemilik kedai campak RM200, ini penjelasan cerita sebenar oleh saksi kejadian

Kecoh apabila seorang lelaki dikatakan mengamuk apabila sup panas tertumpah ke atas anak perempuannya di salah sebuah restoren terkenal di Kuantan. Menurut bapa berkenaan, staff kedai berkenaan telah melanggar anaknya ketika menghantar sup ke meja bersebelahannya.

Bukan itu sahaja, staf berkenaan turut dikatakan terus masuk ke dapur dan majikan restoren berkenaan terus mencampakkan wang berjumlah RM200 tanpa meminta maaf.

Rata-rata mengecam tindakan restoren berkenaan bersikap kurang ajar. Walau bagaimanapun seorang wanita, Rose Nany dalam laman Facebooknya sempat menceritakan kisah sebenar yang berlaku ketika kejadian itu.

Menurut Rose, anak kepada lelaki itu sebenarnya mengundurkan badan di belakang sebelum tangganya menepis tangan staf berkenaan menyebabkan sup panas itu jatuh di atasnya.

Bapa berkenaan yang menyedari anaknya menjerit kesakitan kemudiannya membantu badan kanak-kanak terbabit yang sudah melecur.

Rose juga memberitahu bahawa bapanya berang dan mengeluarkan kata-kata kesat. Bukan itu sahaja, Rose juga menafikan detik di mana majikan restoren berkenaan mencampakkan RM200 ketika lelaki berkenaan meninggalkan kedai berkenaan secara tergesa-gesa sambil memaki hamun staf berkenaan.

Berikut kami kongsikan kisah yang dikongsi Rose.

Rata-rata individu mengecam tindakan lelaki itu yang tidak menjaga anak, dan membuat cerita demi meraih perhatian.

Sumber FB Metafora Anafora

Via: Kisah Dunia



Sumber Viral lelaki mengamuk tomyam tertumpah atas anak, dakwa pemilik kedai campak RM200, ini penjelasan cerita sebenar oleh saksi kejadian

Post a Comment

Previous Post Next Post