Akibat tak mahu dengar ckap, nak juga guna ubatan tak berdaftar, kini terbaring kritikal di ICU

Akibat tak mahu dengar ckap, nak juga guna ubatan tak berdaftar, kini terbaring kritikal di ICU

Akibat tak mahu dengar ckap, nak juga guna ubatan tak berdaftar, kini terbaring kritikal di ICU

Hari ini dimana-mana sahaja malah di gerai di tepi jalan pun kita dapat melihat pelbagai produk kesihatan dan kosmetik di jual. Dengan pembungkusan yang nampak menarik, ditambah pula dengan jurujual yang pandai menjual, ramai yang terjerat dan menjadi hamba kepada produk-produk yang tidak berdaftar dan diragui proses pembuatannya.

Bukan setakat itu, produk-produk ini mungkin mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan. Asalnya nak wajah yang cantik dan badan yang kurus, tiba-tiba muka jadi kemerahan dan buah pinggang rosak. Masalah asal tak baik-baik, penyakit baru pula yang datang.

Seorang Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi yang dikenali sebagai Dr. Rafidah Abdullah telah berkongsi sebuah penulisan agar masyarakat hari ini celik dengan bahana akaibat mengambil produk kesihatan yang tidak berdaftar. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

BAHANA PRODUK TIDAK BERDAFTAR

Ini contoh bahana produk tak berdaftar, mengandungi methylene blue. Air Kencing warna hijau! Pesakit masuk ICU, sebab masalah asal tak baik-baik pun, malah bertambah teruk lagi. Kenapa lah masyarakat kita sanggup mengambil risiko sebegini rupa.

Cukup-cukup lah. Nak elakkan penyakit? Gaya hidup sihat cukup. Tak payah nak ambil apa-apa produk buatan manusia.

Yang menjanjikan bulan, bintang, universe, galaxy lagi jangan percaya. Maksudnya mereka masuk kan benda terlarang lah, pendapat saya.

Founder atau produk yang pasukannya menjanjikan kekayaan lagi jangan percaya.

Anda akan terjerumus ke dalam gaung duitan yang akan mengelabui segalanya, sampai apa yang kami Pakar cakap pun mereka menidakkannya.

Saya berpendapat mereka ingin menebalkan kocek sendiri di atas kesengsaraan orang lain. Sikit pun mereka tidak kisah dengan kesihatan anda.

Insyaallah saya doakan masyarakat kita akan terus celik mata dan terbuka hati ke arah jalan yang benar.

Mari kita semua doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Rafidah Abdullah

Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi

Sumber : Dr. Rafidah Abdullah

Via: SK



Sumber Akibat tak mahu dengar ckap, nak juga guna ubatan tak berdaftar, kini terbaring kritikal di ICU

Post a Comment

Previous Post Next Post