Ke mana hala tuju murid berkeperluan khas dengan kad OKU selepas sekolah?
Pandangan saya, tiada siapa boleh menjamin masa depan mereka melainkan Allah melalui usaha kita semua.
Yang tiada kad OKU juga bermasalah mendapatkan pekerjaan, apatah lagi mereka.
6 syarikat yang menerima pekerja OKU sebagai staf mereka.
Dengan kad OKU, mereka boleh dan dialukan bekerja di 6 syarikat ini selepas sekolah.
1. Giant Malaysia
http://ift.tt/2Agl4c6Basically, saya pernah bekerjasama dengan Job Coach training Giant untuk seorang klien saya yang berumur 21 tahun untuk bekerja di sini.
Contact Giant HQ untuk person incharge dalam Job Coach Training Giant.
Sediakan resume ringkas murid OKU. Sebab itu di sekolah, guru perlu tunjuk ajar bagaimana nak buat resume ringkas menggunakan komputer dan set up emel peribadi sebagai persediaan murid berkeperluan khas sekolah menengah ke alam pekerjaan.
Pihak Job Coach akan hubungi untuk sesi interview ringkas bersama murid OKU tersebut. Basically nak interview kerja apa dia boleh buat.
Either susun barang, susun kotak, timbang sayur dan sebagainya. Jadi, pihak sekolah boleh train seawal mungkin skills ini dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah.
Then, bila dah dapat pekerjaan, ada Buddy person yang akan bersama murid OKU tersebut semasa dia bekerja.
Peranan buddy ini adalah untuk monitor dan meminimumkan kesalahan yang dilakukan oleh pekerja OKU semasa bertugas.
It takes an effort. Guru dan ibu bapa harus bersedia untuk ini. Bertindak sekarang jika mahu anak anda berdikari selepas umur persekolahan.
Terapis juga berperanan membantu dalam persediaan alam pekerjaan.
2. KFC Malaysia
http://ift.tt/1vMW2JxYang ini banyak terima pekerja OKU masalah pendengaran. Boleh tanya jika mahu kepastian.
Saya tiada pengalaman dengan KFC.
Makan KFC pernah la. Hehe.
3. Digi telecommunication
http://ift.tt/2hNKB5xYang ini untuk pekerja OKU yang pandai IT.
Jika anak murid anda mahir IT, hubungi DIGI untuk bertanya.
Kursus IT juga banyak disediakan.
4. AEON Group Malaysia
http://fifthperson.comHubungi mereka untuk kepastian.
5. Starbucks Malaysia
http://ift.tt/2AgZlRnYang ni setahu saya untuk OKU masalah pendengaran.
6. Allianz Malaysia
http://ift.tt/2hOwm0rMungkin boleh tanya pihak Allianz pekerjaan apa yang mereka tawarkan kepada OKU.
Maklumat ini untuk ibu bapa atau guru yang merasakan murid dan anak mereka sesuai dan layak untuk bekerja dengan orang lain.
Jika mahu anak mempunyai perniagaan sendiri, teruskan dengan usaha murni itu. Saya sokong!
No harm trying. Cuba dahulu. Jika berjaya, kongsikan pengalaman anda dengan guru-guru lain dan ibu bapa lain.
Jika ada cerita, kongsi dengan saya di sini. Saya nak tahu success story juga.
Mahfuzah Zainol
Sumber Anda OKU? Ini Tempat Untuk Anda Bekerja