Bejet Sabah: RM3 juta akan bantu kembang koperasi negeri

Noraini Salleh berkata, antara isu utama dihadapi gerakan koperasi di Sabah ketika ini ialah sumber modal terhad untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.

musa-aman-sabah-benderaPETALING JAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Sabah mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman atas peruntukan RM3 juta untuk mengembangkan sektor koperasi menerusi Bajet Sabah 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Sabah, Datuk Noraini Salleh dalam kenyataan hari ini berkata, peruntukan itu menunjukkan keprihatinan dan sokongan kerajaan negeri kepada koperasi di Sabah.

Beliau berkata, antara isu utama yang dihadapi gerakan koperasi di Sabah ketika ini ialah sumber modal terhad untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.

Sehubungan itu, katanya, dana RM3 juta daripada kerajaan negeri akan membantu perkembangan koperasi di Sabah, termasuk 530 daripadanya yang merupakan ahli Angkasa.

“Ini menunjukkan Tan Sri Musa Aman ikhlas dan berjiwa besar dalam membantu gerakan koperasi di Sabah agar lebih maju ke depan seiring hasrat kerajaan Malaysia menyasarkan sektor koperasi sebagai penyumbang ke-3 terbesar menerusi keluaran dalam negara kasar.”

Jumaat lalu, Musa membentangkan perbelanjaan mengurus RM4.104 bilion untuk Sabah bagi 2018 dengan lebihan hasil RM64.89 juta, sekali lagi ia adalah belanjawan lebihan sejak 2015.

Pentadbiran Musa turut mengumumkan kutipan hasil mencecah RM4.169 juta, peningkatan 9.2% berbanding anggaran hasil 2017, sambil menggariskan keyakinan ekonomi negeri akan terus mengukuh.

Katanya, keluaran dalam negeri kasar Sabah menunjukkan peningkatan memberangsangkan daripada 59.3 bilion pada 2011 kepada RM73.8 bilion pada 2016.

“Kini, ekonomi Sabah berada pada kedudukan ke-5 tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.”

Musa Aman bentang bajet lebihan Sabah 4 tahun berturut turut


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Bejet Sabah: RM3 juta akan bantu kembang koperasi negeri

Post a Comment

Previous Post Next Post