“Geli hati baca anak muda tak boleh survive gaji RM2000, aku anak 3 gaji RM2500 boleh je” – Anis Hafiza

Sejak kebelakangan ini, ramai anak-anak muda yang mengeluh hidup kesempitan dek dihimpit kemiskinan tinggal di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.

Ramai yang mengeluh gaji yang diterima mereka sebanyak RM2,000 sebulan tidak mencukupi, meskipun duit BR1M telah pun diberi.

Bagi merungkai misteri ini, seorang wanita telah terpanggil untuk berkongsi pengalaman bagaimana beliau yang sudah mempunyai tiga orang anak boleh survive tinggal di Kuala Lumpur dengan bergaji sebanyak RM2,500 saja.

"Geli hati baca anak muda tak boleh survive gaji RM2000, aku anak 3 gaji RM2500 boleh je" - Anis Hafiza

“Geli hati baca anak muda tak boleh survive gaji RM2000, aku anak 3 gaji RM2500 boleh je” – Anis Hafiza

Bukan setakat itu saja, wanita yang dikenali sebagai Anis Hafiza turut memiliki enam buah hartanah setakat ini dengan hartanah pertama beliau telah dibeli pada tahun 2010 sewaktu beliau berpendapatan sebanyak RM1,800 saja.

Menurut Anis lagi, hartanah pertama beliau pada tahun 2010 yang bernilai RM98,000 telah dibeli dengan menggunakan wang hantaran perkahwinannya. Beliau turut menjelaskan bahawa beliau menggunakan sebahagian daripada wang hantaran beliau dan ditambah dengan wang simpanan KWSP beliau bagi membayar deposit rumah pertamanya itu.

Anis turut memberitahu yang dia pada masa itu mengamalkan sikap berjimat-cermat dengan mengawal komitmen beliau. Menurut Anis, komitmen beliau pada masa itu hanya PTPTN dan kereta Perodua Kelisa terpakai yang digunakannya untuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

 

Impian untuk miliki 6 kediaman ketika berusia 30 tahun tercapai

Beliau turut berkongsi gambar rumah pertamanya itu yang merupakan sebuah rumah flat kos rendah yang dibelinya bagi tujuan pelaburan.

Beli rumah flat 5 tingkat orang tak pandang

Gaji RM2000 tak cukup

Selain itu, Anis turut menyelar gaya hidup selesa yang diamalkan oleh ramai golongan muda sekarang ini.

Tengok slip gaji

Bagi membuktikan yang dia tidak ‘berbual’ mengenai perkara ini, Anis kemudiannya telah berkongsi slip gajinya di laman Twitter.

Jadi apa kata anak muda? Takkan mahu serahkan nasib anak kepada takdir tanpa sebarang usaha? Semoga kisah ini dapat membakar semagat ramai anak muda untuk terus bangkit dan memajukan ekonomi rumah tangga.

Sumber :

Via: Oh my media



Sumber “Geli hati baca anak muda tak boleh survive gaji RM2000, aku anak 3 gaji RM2500 boleh je” – Anis Hafiza

Post a Comment

Previous Post Next Post