Salah cetus kebimbangan Conte

LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte bimbang terhadap bekas penyerang Blues, Mohamed Salah ketika beliau menegaskan jadual padat tidak boleh menjadi alasan bagi persembahan di bawah tahap sebenar menentang Liverpool di Anfield, awal pagi esok.

Pemain Mesir itu membuat impak mengagumkan sejak kembali ke Liga Perdana Inggeris dari kelab Serie A, AS Roma pada musim panas lalu, menjaringkan sembilan gol untuk mendahului senarai penjaring.

"Salah seorang pemain bagus dan amat berbahaya," kata Conte pada sidang akhbar praperlawanan semalam.

"Dia seorang pemain teknikal tapi pada masa sama pemain yang amat pantas, amat kuat, amat bagus ketika situasi satu lawan satu."

Salah menyertai Chelsea pada Januari 2014 namun pemain kebangsaan Mesir itu kemudiannya dipinjamkan ke Fiorentina dan Roma, berpindah ke kelab Itali itu secara tetap sebelum menyertai Liverpool ketika pramusim.

Kemenangan buat Liverpool akan menyaksikan mereka terikat 25 mata dengan Chelsea, yang kini di tangga ketiga carta dan Conte amat menyedari dengan ancaman boleh dicetuskan Salah.

"Dia seorang peledak yang amat bagus. Kami perlu mengawasinya, tapi bukan setakat Salah seorang, begitu juga (Sadio) Mane, (Roberto) Firmino, Philippe Coutinho, (Daniel) Sturridge.

"Mereka mempunyai jurulatih yang bagus (Juergen Klopp), mereka memiliki identiti yang bagus. Amat teratur terutama ketika menyerang. Mereka amat berbahaya." - AFP



Sumber Salah cetus kebimbangan Conte

Post a Comment

Previous Post Next Post