Bayangkan jika anda sudah lama berhijrah ke negara orang dan sudah lama tidak makan masakan Malaysia. Pasti rindu bukan? Lagipun, tak semua tempat ada menjual makanan Malaysia yang dirindui. Seorang rakyat Malaysia di Australia membuka sebuah restoran masakan Malaysia untuk anda yang rindukan masakan tempatan itu.
BACA: Restoran RM1 Masih Wujud Di Malaysia
Bukan mudah untuk membuka restoran di negara orang, tapi itulah semangat untuk usahawan muda, Engku Putri Irna Mysara Ungku Mokhsin, 28 tahun, membuka restoran Johor di sana.
Restoran Sijori Malay Eatery terletak tak jauh dari Melbourne, Australia iaitu hanya 20 minit perjalanan dari sana.
Malah, menu restoran tersebut turut dilengkapi dengan kacang pool dan kuah lodeh. Memang syahdu jika dapat menikmati masakan Malaysia lebih-lebih lagi jika dah lama tak balik ke sini.
“Restoran saya terletak tidak begitu jauh dari Universiti La Trobe dan Universiti RMIT di mana komuniti Malaysia dan Singapura semakin berkembang di pinggir utara, menjadikan mereka sebahagian besar pelanggan kami,” katanya.
Menurutnya, dia gembira apabila mengetahui pelanggannya tak pernah merasai hidangan laksa Johor dan menjadikan restorannya sebagai yang pertama untuk mereka merasainya.
Di samping itu, maksud nama restoran miliknya juga unik iaitu singkatan nama bagi Singapura, Johor dan Riau (SI-JO-RI).
Diharap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Engku Putri Irna yang mengembangkan makanan negara kita di negara orang agar orang luar juga boleh menikmati keenakan makanan kita.
ARTIKEL BERKAITAN:
7 Jenis Mee Yang Terbaik Di Asia
Resepi Kek Batik Jejari Anda Harus Cuba
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram