Karnival Upin & Ipin masuk kalendar pelancongan negara

Asyiela Putri Azhar, 17, melakonkan watak suara Upin dan Ipin sejak umur 10 tahun. — Foto oleh Saw Siow FengAsyiela Putri Azhar, 17, melakonkan watak suara Upin dan Ipin sejak umur 10 tahun. — Foto oleh Saw Siow FengSERDANG, 24 Nov — Karnival Upin & Ipin akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negara bagi menarik peminat animasi berkenaan dari seluruh dunia, tahun depan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata karnival berkenaan berpotensi menjadi platform untuk mempromosi sektor pelancongan negara berdasarkan populariti watak animasi berkenaan.

“Upin & Ipin boleh membuat satu animasi tentang kesedaran dan kepentingan menjaga kebersihan dan pada masa yang sama membantu mempromosi destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Upin & Ipin 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini, hari ini.

Upin & Ipin perlu menekankan pendidikan mengenai kebersihan kerana berdasarkan pengalaman melakukan lawatan kerja di selatan Thailand sebelum ini faktor kebersihan dititik berat oleh pengusaha hotel dan masyarakat setempat, katanya.

Mohamed Nazri berharap watak animasi Upin & Ipin, yang merupakan Duta Pelancongan Negara, akan membantu usaha mempromosi kepelbagaian budaya serta keunikan destinasi pelancongan Malaysia. — Bernama



Sumber Karnival Upin & Ipin masuk kalendar pelancongan negara

Post a Comment

Previous Post Next Post