Malindo Air ‘selamatkan’ KLIA, kata Aziz Kaprawi

Aziz juga berkata Malindo Air adalah pengangkut khidmat penuh di mana harga tiket penerbangan meliputi makanan, khidmat bagasi dan hiburan dalam pesawat.

DEWAN RAKYAT

aziz-malindoKUALA LUMPUR: Keputusan Malindo Air memindahkan operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) 3 tahun lalu selamatkan industri penerbangan negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata Malindo membantu memenuhi kekosongan ditinggalkan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang mengecilkan operasi, membuang 6,000 pekerja dan menamatkan beberapa destinasi dan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan antarabangsa.

Katanya, Malindo Air bersama Malaysia Airlines dan AirAsia adalah syarikat penerbangan negara.

“Bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Malaysia Airlines, syarikat penerbangan lain terpaksa mencari jalan lain untuk memastikan perjalanan lancar.

“Mereka terpaksa mencari syarikat penerbangan tempatan lain untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Malaysia Airlines. Untuk selamatkan situasi itu, Malindo bersetuju mengisi kekosongan itu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan diajukan oleh Datuk Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) tentang mengapa Malaysia Airlines tidak diberi peluang beroperasi secara eksklusif di KLIA, sehingga kedudukan kewangannya pulih, Abdul Aziz berkata, KLIA adalah terminal antarabangsa dengan 50 syarikat penerbangan menggunakannya sebagai hap operasi mereka.

Aziz juga berkata Malindo Air adalah pengangkut khidmat penuh (FSC) di mana harga tiket penerbangan meliputi makanan, khidmat bagasi dan hiburan dalam pesawat.

Katanya, syarikat penerbangan itu juga menyediakan khidmat “interlining” (juga dikenali sebagai tiket interline atau tempatan interline) dengan syarikat penerbangan lain di KLIA, yang memastikan perjalanan lancar untuk penumpang tiba ke destinasi akhir.

“Kerajaan mahu menjadikan KLIA hab transit. Kami mahu kemapanan. Langkah Malindo Air membantu menyelamatkan kedudukan KLIA sebagai hab transit.

“Jika tiada khidmat ‘interlining’, penumpang sebaliknya akan memilih untuk transit di Singapura dan Bangkok sebelum bertolak ke destinasi seterusnya.

“Kita perlu melihat industri itu secara keseluruhan. Kita tidak boleh hanya melihat kepada MAB kerana syarikat penerbangan itu sedang menghadapi kekangan dan mereka tidak dapat memenuhi keperluan,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Malindo Air ‘selamatkan’ KLIA, kata Aziz Kaprawi

Post a Comment

Previous Post Next Post