“Mulakan petisyen kalau tak nak aku ke AJL” – Altimet

WALAUPUN sudah tiga hari pengumuman lagu yang layak berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) diumumkan, nampaknya masih ada ‘berbunyi’ dengan keputusan tersebut.

“Mulakan petisyen kalau tak nak aku ke AJL” – Altimet

“Mulakan petisyen kalau tak nak aku ke AJL” – Altimet

Terdahulu, Ayda Jebat ada menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya semasa membalas komen netizen menerusi laman Instagramnya.

Khabarnya, penyanyi kecil molek ini tidak berpuas hati lagunya, Mata gagal menempatkan tempat ke pentas akhir pertandingan tersebut.

Namun, berbeza pula cerita untuk penyanyi Altimet. Dikatakan ada sesetengah netizen seakan-akan ‘menyerangnya’ di akaun Twitter.

Ekoran ketidakpuasan hati yang ditunjukkan di laman itu, Altimet memuat naik beberapa tweet ke laman Twitter miliknya.

Menurut kicauan tersebut, Altimet mencabar netizen dan pihak yang merasakan lagu Amboi nyanyiannya tidak layak ke AJL untuk membuat satu petisyen dan dihantarkan kepada pihak Media Prima.

Dalam tweet tersebut, Altimet menyatakan tindakan menarik diri daripada terus bertanding merupakan satu tindakan bodoh.

Namun, sekali lagi Altimet memuat naik satu kicauan menyuruh pihak tersebut membuat petisyen dan tweet menggunakan hashtag #TakNakAmboi.

Bagaimanapun, rata-rata peminat Altimet merasakan lagu itu layak ke AJL kerana kekuatan liriknya yang penuh dengan pengajaran.

Ada juga yang mengingatkan bahawa lagu yang layak dipilih oleh juri dan pemilihan bukanlah hanya terletak kepada vokal dan persembahan, sebaliknya keseluruhan lagu tersebut termasuklah lirik.

Dalam pada itu, Altimet ada memuat naik satu posting di laman Instagramnya.

Menurut posting tersebut, Altimet menunjukkan yang dia tidak akan berhenti dan berputus asa memperjuangkan lagu-lagu dan karyanya.

Amboi merupakan karya keempatnya yang berjaya ke pentas pertandingan berprestij tersebut.

Walau apapun, 12 lagu telah pun ditentukan juri. Jadi, nantikan sahaja persembahan mereka dan good luck buat kesemuanya! – MYNEWSHUB.CC/SA



Sumber “Mulakan petisyen kalau tak nak aku ke AJL” – Altimet

Post a Comment

Previous Post Next Post