Pakej jalur lebar Malaysia ke-73 murah dunia

Foto fail menunjukkan pengguna sedang melayari internet di kafe siber di Kuala Lumpur. ― Foto ReutersFoto fail menunjukkan pengguna sedang melayari internet di kafe siber di Kuala Lumpur. ― Foto ReutersKUALA LUMPUR, 24 Nov ― Malaysia berada di tangga ke 73 daripada 196 negara yang menawarkan khidmat pakej jalur lebar murah.

Kaji selidik yang dijalankan BDRC Continental terhadap 3,351 pelanggan individu dan dianalisis Cable.co.uk dalam tempoh lapan minggu sehingga 12 Oktober 2017, Iran menawarkan khidmat jalur lebar paling murah dengan kos purata US$5.37 (RM22.12) sebulan.

Negara Burkina Faso di Afrika paling mahal menawarkan servis itu dengan harga pakej US$954.54 sebulan.

Sementara Malaysia menawarkan harga US$44.83 sebulan.

Di negara Asia Tenggara, Thailand, pada tangga ke-27, menawarkan harga paling murah iaitu US$26.8 diikuti Singapura ditangga ke-57 dengan harga US$39.03 sebulan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber Pakej jalur lebar Malaysia ke-73 murah dunia

Post a Comment

Previous Post Next Post