Acara gilang-gemilang ini bakal berlangsung di The AXIS Planet Hollywood di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Samantha bakal berentap bersama 93 peserta dari seluruh dunia untuk dinobatkan sebagai Miss Universe.
Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila baju nasi lemak yang bakal digayakan dalam pertandingan baju kebangsaan pertandingan itu buah mulut netizen.
Ada yang menyukai hasil sentuhan pereka Malaysia, Brian Khoo dan ada yang mencemuh.Gadis kacukan India-Brazil berusia 23 tahun ini tidak goyah semangat. Come on, inilah semangat Malaysia Boleh!
Samantha peserta pilihan Miss Universe 2005
Si cantik manis Natalie Glebova dari Kanada akan menamakan peserta-peserta pilihannya untuk dimahkotakan sebagai Miss Universe. Oh,Glebova dimahkotakan tiara Miss Universe ini pada tahun 2005.
Natalie meletakkan Samantha sebagai salah seorang peserta pilihannya bersama 19 peserta lain antaranya Argentina, Brazil, Indonesia, Filipina dan Thailand. Dalam Instagram missuniversefanpage, Natalie menyuarakan minatnya terhadap Samantha.
Pastinya peminat pertandingan ratu cantik di Malaysia akan merasa bangga dengan pilihan Natalie ini kerana pada tahun lalu, 10 peserta daripada 20 senarai pilihannya berjaya mara ke Top 13.
Miss Universe 2017 akan dihoskan oleh Steve Harvey dan Ashley Graham. Mereka akan disertai Miss Universe 1998, Wendy Fitzwilliam dan Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach sebagai juri bersama empat juri profesional lain.
Sebagai pemerhati, ramalan ini diharap akan menguatkan semangat Samantha untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua cabaran yang perlu dihadapinya di Las Vegas.
Rakyat Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada Samantha! Anda tetap seorang pemenang di hati kami ...
Sumber Miss Universe 2017: Cantik sangat ke Samantha Katie James?