Penasihat G25 tidak faham undang-undang buruh, kata MTUC

Undang-undang buruh tidak menghalang pekerja asing menjadi ahli kesatuan sekerja tetapi ada pekerja asing sebenarnya bekerja dengan agensi pekerjaan yang bukan ahli kesatuan.

abdul-halim

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini berkata penasihat kumpulan tokoh Melayu moderat G25 Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim tidak memahami undang-undang buruh apabila mencadangkan kerajaan membenarkan pekerja asing menyertai kesatuan sekerja.

Presiden MTUC Abdul Halim Mansor hari ini berkata, undang-undang buruh tidak menghalang pekerja asing menjadi ahli kesatuan sekerja dan semua pekerja layak menjadi ahli kesatuan sekerja.

Menurut Halim, undang-undang buruh hanya tidak membenarkan pekerja asing menjadi pemimpin kesatuan. “Kerana dia bukan permastautin tetap.”

Beliau berkata kemusykilan timbul kerana ada pekerja asing sebenarnya bekerja dengan agensi pekerjaan dan bukannya secara langsung dengan syarikat, dan agensi itu pula bukan ahli kesatuan.

“Apabila mereka bekerja dengan agensi pekerjaan, mereka telah dikontrakkan bekerja dengan syarikat itu dan mereka tidak boleh menyertai kesatuan kerana mereka bukan pekerja syarikat itu. Mereka adalah pekerja sub kontrak,” katanya.

Sebelum ini, Sheriff mencadangkan kerajaan membenarkan pekerja asing menyertai kesatuan sekerja kerana langkah itu boleh membantu negara mengurangkan kebergantungan kepada mereka dalam jangka masa panjang

Menurutnya, pekerja asing yang menyertai kesatuan sekerja akan membolehkan mereka menikmati kenaikan gaji.

Mengenai perkara itu, Halim menjelaskan faedah yang diterima pekerja asing berkenaan mengikut perjanjian dengan pihak syarikat.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Penasihat G25 tidak faham undang-undang buruh, kata MTUC

Post a Comment

Previous Post Next Post