IKEA, satu nama global yang tidak perlu lagi kami perkenalkan. Kalau korang nak beli perabot atau barang perhiasan rumah ke, benda pertama yang terlintas dalam kepala mesti IKEA! Mana taknya, kat IKEA korang dipamerkan dengan banyak pilihan rekaan perabot moden dan futuristik.
Semua perabot di IKEA memiliki rekaan minimalis sesuai dengan gaya hidup kita yang semakin ke arah ‘micro living’. Jadi tidak hairanlah walau sekecil mana pun saiz rumah korang, kini korang boleh menghasilkan rekaan rumah yang cantik dengan menggunakan perabot dari IKEA. Tak ada dah alasan, “alaa rumah ko besar, memang la cantik”.
IKEA pada mulanya menapak di Malaysia pada tahun 1996 sebagai sebuah gedung yang menjual barang hiasan rumah yang terletak di dalam sebuah pusat membelibelah di Bandar Utama.
Gedung kecil ini kemudiannya mendapat momentum yang cukup untuk berkembang pada 2003, IKEA berpindah ke premis mereka sendiri, sebuah bangunan biru di Mutiara Damansara. Di situlah terletaknya gedung IKEA terbesar di Asia pada masa itu.
IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi yang menjadikannya gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara. Ianya memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah.
Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweden ditawarkan di gedung baru ini. Wow, ni kalau pergi pagi, balik tengah malam jugak ni. Banyak sangat pilihan, korang jangan sesat pulak kat dalam tu nanti.
IKEA Tebrau secara rasminya akan dibuka pada 16 November ini dan terdapat pelbagai aktiviti dan tawaran menarik yang akan dihidangkan kepada pengunjung yang datang pada hari perasmian seperti aktiviti Face Painting, Photobooth dan macam-macam lagi lah.
IKEA turut akan mengedarkan beg biru ikonik IKEA kepada 10,000 pengunjung pertamatermasuklah beberapa lagi barang mainan cool seperti topi viking, bendera sorak dan banyak lagi. Rugi sangat-sangat kalau korang tak serang sewaktu hari pembukaannya nanti.
Sumber Rasmi! IKEA pertama dibuka di Johor, jom serang opening!