“Siapalah tergamak buat begini” – Janin ditemui dalam longkang di pangsapuri

JANIN ditemui dalam longkang dekat pangsapuri di SS8, Petaling Jaya, lewat petang Sabtu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata janin berkenaan ditemui pengawal keselamatan.

"Siapalah tergamak buat begini" - Janin ditemui dalam longkang di pangsapuri

“Siapalah tergamak buat begini” – Janin ditemui dalam longkang di pangsapuri

“Balai Sungai Way menerima maklumat daripada wanita mendakwa jaga jumpa objek menyerupai janin.

“Pegawai penyiasat ke lokasi mendapati longkang tempat janin ditemui dihubungkan dengan tiga saluran longkang lain iaitu bilik mandi, sinki dapur dan mesin basuh,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada janin itu memang dibuang di lokasi itu atau dihanyutkan dari lebih 1,000 unit kediaman di pangsapuri itu.

“Tiada kamera keselamatan (CCTV) di lokasi. Oleh itu, siasatan diteruskan mengikut 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Via; Metro



Sumber “Siapalah tergamak buat begini” – Janin ditemui dalam longkang di pangsapuri

Post a Comment

Previous Post Next Post