Video: Dah buat berbelas aduan sebab terpaksa bersihkan bungkusan najis warga asing tapi pegawai MPKj acuh tak acuh, bengang betul!

Bangi: Bengang dan kecewa. Itu yang dirasai seorang lelaki yang membuat aduan mengenai lambakan pendatang warga asing di kawasan pangsapuri kediamannya di Bandar Baru Bangi di sini, kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor.

Terdahulu, Azwan Ahmad, 46, membawa wartawan, jurugambar serta juruvideo Harian Metro meninjau di sekitar Pangsapuri Jubli Perak Seksyen 4 di sini membabitkan 13 blok yang didakwanya pasti ada unit di setiap blok disewa warga asing.

Azwan yang sudah menetap di situ selama 20 tahun berkata, aduan mengenai lambakan warga asing itu termasuk menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan sejak Mac tahun lalu.

“Sudah belasan aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selain kepada pihak imigresen namun bagai mencurah air ke daun keladi…tak jadi apa-apa pun.

“Segelintir mereka membawa budaya negatif termasuk kumpulan lelaki minum arak secara terang-terangan selain wanita warga asing yang diangkut lelaki hidung belang setiap malam minggu di hadapan asrama pekerja kilang kawasan ini.

“Keadaan sebegini menimbulkan suasana tidak selesa bukan saja untuk anak saya malah masyarakat setempat. Mereka tidak menghormati kerukunan hidup masyarakat kita,” katanya.

Video: Dah buat berbelas aduan sebab terpaksa bersihkan bungkusan najis warga asing tapi pegawai MPKj acuh tak acuh, bengang betul!

Video: Dah buat berbelas aduan sebab terpaksa bersihkan bungkusan najis warga asing tapi pegawai MPKj acuh tak acuh, bengang betul!

KUMPULAN lelaki warga asing melepak di pekarangan pangsapuri. FOTO Zulfadhli Zulkifli.

Dia yang pernah bekerja sebagai pekerja penyelenggaraan bangunan manakala isterinya sebagai tukang cuci pernah terpaksa membersihkan bungkusan najis dilemparkan oleh segelintir warga asing tidak bertanggungjawab di asrama berkenaan.

Menurutnya, ramai warga asing tinggal di kawasan berkenaan termasuk dari Vietnam, Pakistan, Indonesia dan Myanmar.

Tinjauan kami bermula jam 11 pagi sehingga 4 petang Isnin lalu dan dalam tempoh itu Azwan menghubungi JIM untuk mengetahui status aduannya sebelum ini mengenai 300 unit rumah diduduki warga asing di 13 blok Pangsapuri Jubli Perak Seksyen 4.

Namun tindak balas kakitangan unit aduan imigresen itu agak mengecewakan apabila berdolak-dalik termasuk perbualan seringkali dihentikan dengan Azwan terpaksa mendengar nada bunyi lagu automatik talian itu.

Perbualan itu turut disaksikan dan dirakamkan Harian Metro dan lebih menjengkelkan apabila sebaik tamat perbualan berhubung aduan itu dengan pegawai aduan mengambil butiran Azwan, pihak yang mengambil aduan itu bersembang dengan pegawai lain tanpa menyedari Azwan belum mematikan talian.

Dapat didengari, pegawai yang mengambil aduan itu dinasihatkan pegawai lain supaya menjaga imej serta tidak marah ketika menerima sebarang aduan dan kerap menghentikan perbualan dengan mesej nada bunyi lagu automatik talian.

PENGADU menunjukkan senarai nombor rumah pangsapuri yang dihuni warga asing di kawasan Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. FOTO Zulfadhli Zulkifli.


Sumber Video: Dah buat berbelas aduan sebab terpaksa bersihkan bungkusan najis warga asing tapi pegawai MPKj acuh tak acuh, bengang betul!

Post a Comment

Previous Post Next Post