Wakil PKR disekat hulur dana banjir jejas PH

Keadaan banjir kilat dan ribut melanda kawasan George Town, 5 Nov 2017. — Foto BernamaKeadaan banjir kilat dan ribut melanda kawasan George Town, 5 Nov 2017. — Foto BernamaGEORGE TOWN, 24 Nov ― Tindakan Pulau Pinang menyekat seorang wakil rakyat PKR menghulur bantuan kepada mangsa banjir menjejas semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PKR negeri mendakwa tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggugurkan Cheah Kah Peng daripada senarai seperti mengetepikan peranan parti itu dalam kerajaan negeri.

Alasan bahawa sekatan ini atas sebab perubahan prosedur dalaman juga amat naif dan sukar diterima, kata Datuk Mansor Othman dalam kenyataan.

“Kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini telah sedikit sebanyak merenggang semangat setiakawan dalam Pakatan Harapan,” katanya hari ini.

Sebagai pemimpin yang mendapat mandat, kata Mansor lagi, Cheah tidak wajar disekat daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat Kebun Bunga.

Mengulas kritikan itu, Lim berkata perubahan prosedur itu perlu bagi memastikan semua mangsa banjir dapat didaftarkan.

“Tumpuan [kami] adalah membantu mangsa bah dan perubahan dalaman diperlukan untuk memastikan mereka mendapat manfaat daripada RM105 juta dana program Pulau Pinang Bangkit,” katanya lagi.

Mangsa banjir awal bulan ini akan mendapat bantuan tunai RM700, tambahan RM200 lagi daripada angka yang dijanjikan kerajaan negeri sebelum ini.

Ia ditampung oleh derma orang ramai dalam program Pulau Pinang Bangkit, umum Lim di sidang Dewan Undangan Negeri pada 14 November lalu. 

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



Sumber Wakil PKR disekat hulur dana banjir jejas PH

Post a Comment

Previous Post Next Post