Wanita jelita popular di laman sosial kerana sering tayang hidup mewah ditahan kerana skim cepat kaya

Taipei: Rahsia seorang wanita jelita yang popular kerana sering memaparkan gaya hidup mewah di laman sosial akhirnya terbongkar apabila dihukum penjara kerana terbabit dalam skim cepat kaya.

Lin Siyin, 37, didakwa menipu hampir £1.7 juta (RM9.31 juta) dalam tempoh tujuh tahun untuk menampung kehidupan mewahnya.

Wanita itu juga digelar ‘dewi kereta mewah’ di media sosial kerana sering memuat naik gambar bersama kereta mewah.

Wanita jelita popular di laman sosial kerana sering tayang hidup mewah ditahan kerana skim cepat kaya

Wanita jelita popular di laman sosial kerana sering tayang hidup mewah ditahan kerana skim cepat kaya

Lin turut menunjuk-nunjuk kemewahannya dengan memuat naik gambarnya membeli beg tangan jenama Hermes dan jam tangan Patek Phillipe.

Dia juga menggunakan wang milik pelaburnya untuk membeli beberapa rumah dan kereta mewah.

Bagaimanapun, kehidupan mewah wanita itu tidak bertahan lama selepas dia ditangkap pihak berkuasa Taiwan kerana menipu dan memperdayakan orang ramai.

Lin dituduh memperdayakan ahli keluarga, rakan dan beberapa individu untuk melabur dengan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Mahkamah Tinggi Taiwan, baru-baru ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tujuh bulan terhadap Lin yang didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dan niat untuk memperdayakan.

Akhbar Apple Daily Taiwan melaporkan, Lin mewujudkan satu skim pelaburan pada 2010 dan memujuk ahli keluarga serta rakannya untuk melabur.

Lin turut menjanjikan keuntungan termasuk faedah sebanyak lapan peratus dan bonus bulanan antara dua hingga lapan peratus.

Seorang mangsa berkata, dia memindahkan wang berjumlah £577,354 (RM3.2 juta) kepada Lin tiga tahun lalu kerana tertarik dengan skim pelaburan berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya gagal mendapatkan wang saya kembali,” jelasnya.

Sumber: Metro



Sumber Wanita jelita popular di laman sosial kerana sering tayang hidup mewah ditahan kerana skim cepat kaya

Post a Comment

Previous Post Next Post