NEW DELHI – Sebuah kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara seorang wanita mengamuk sakan setelah mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga.
Wanita yang merupakan warganegara Iran itu sedang dalam penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Bali, Indonesia bersama-sama suami dan anak mereka pada Ahad lalu, lapor akhbar India, Hindustan Times hari ini.
Semasa suaminya sedang tidur, wanita itu telah menggunakan jarinya untuk buka telefon bimbitnya menggunakan pengesan cap jari, sekali gus meng’kantoi’kan kecurangan lelaki itu berserta maklumat terperinci mengenai hubungan sulitnya itu.
Berang akan penemuan itu, wanita itu dilaporkan mula memukul suaminya. Para krew kabin cuba untuk meleraikan pergaduhan itu namun gagal untuk menenangkan keadaan.
Akibat situasi penerbangan yang kurang aman itu, juruterbang mengambil keputusan untuk membuat pendaratan kecemasan di bandar Chennai yang terletak di selatan India.
Wanita tersebut, suami dan anak mereka kemudiannya dibawa turun daripada pesawat itu sebelum menyambung semula perjalanan mereka, kata pegawai keselematan yang dirahsiakan namanya kepada akhbar tersebut.
“Keluarga itu berehat selama sehari di lapangan terbang Chennai sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh penerbangan Batik Air. Tiada tindakan diambil ke atas mereka,” kata pegawai itu lagi.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Wanita senyap-senyap imbas cap jari suami sedang tidur pada handphone mengamuk bila tahu suami curang, bergaduh hingga pesawat terpaksa buat pendaratan cemas