KABUL: Sekurang-kurangnya 40 orang maut dan ramai mangsa cedera dalam beberapa siri letupan berhampiran syarikat media dan masjid di Kabul, hari ini, kata pihak berkuasa dalam insiden keganasan terbaharu melanda ibu negara Afghanistan itu.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang berlaku beberapa hari selepas seorang pengebom nekad mengorbankan enam militan dalam serangan berhampiran kawasan agensi risikan Afghanistan di bandar itu.
"Terdapat dua letupan. Kami masih tidak mengetahui sasaran serangan, namun Afghan Voice Agency berada dalam kawasan serangan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish.
Kementerian itu memaklumkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dan ramai mangsa lain cedera tetapi memaklumkan jumlah itu mungkin akan berubah.
Beberapa wartawan AFP di lokasi terdengar bunyi letupan ketiga, ia mencadangkan serangan masih berlaku.
Wakil hospital memaklumkan stesen televisyen tempatan bahawa 18 mangsa cedera sudah dimasukkan untuk rawatan. - AFP
Sumber 40 maut letupan di Afghanistan