5 Jenis Komunikasi Dalam Pemasaran Untuk Orang Bisnes

Cara paling berkesan promosikan perniagaan atau iklan produk perniagaan untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan.

Promosikan perniagaan adalah satu perkara paling penting yang mesti dilakukan setelah membuka peniagaan baru untuk memajukan dan memperkembangkan perniagaan dengan memastikan produk perniagaan yang murah, mutu produk yang berkualiti dan produk yang dikenali ramai.

Cara berkesan untuk mempromosikan perniagaan adalah dengan pengiklanan berterusan yang boleh dilakukan secara online atau pengiklanan offline.

#1- Pengiklanan

Pengiklanan adalah alat paling kuat dalam membina kesedaran pengguna tentang syarikat, produk, perkhidmatan, ataupun idea. Apabila dibuat perbandingan kos per seribu orang yang disampaikan, iklan sukar ditangini.

Jika iklan yang dihasilkan itu kreatif, pastinya mampu membina jenama dan imej yang tersendiri. Lihat sahaja Datuk Vida dengan gaya iklan produk Pamoganya. Semua peringkat umur mengenali vigura ini hasil daripada watak gedik yang diadaptasi ke dalam iklan produknya.

Iklan akan menjadi lebih efektif apabila disasarkan kepada pasaran sasarannya. Pengiklanan memerlukan syarikat syarikat membuat keputusan berkenaan 5 M iaitu, mission, media, money, message dan measurement.

Contoh pengiklanan adalah, iklan cetak dan penyiaran, filem, brosur dan risalah, papan iklan, paparan di kedai dan lain-lain.

#2- Promosi Jualan

Promosi jualan ini merangkumi set insentif yang berlainan. Jika dahulu kebanyakkan syarikat memperuntukkan 30% daripada bajet promosi mereka kepada promosi jualan kini mereka membelanjakan sehingga 70%.

Sebahagian besar bajet ini dibelanjakan ke arah trade promotion, atau promosi perdagangan apabila syarikat memberikan diskaun, hadiah atau elaun khas kepada pasaraya atau kedai yang menjual barangannya.

Contoh promosi jualan adalah pertandingan, cabutan bertuah, premium dan hadiah percuma, sampel, pesta dan pameran perdagangan, kupon, rebet dan lain-lain.

#3-Perhubungan Awam

Seperti juga promosi jualan, perhubungan awam merangkumi beberapa alat pemasaran yang berbeza. Perhubungan awam boleh jadi efektif, tetapi kurang digunakan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan.

Syarikat akan sedar akan kepentingan perhubungan awam ini apabila ekuiti jenamanya semakin pudar, ataupun apabila aktiviti promosi jualan sudah menjadi terlalu besar dan efektif.

Contoh direct marketing adalah seperti katalog, surat, telemarketing, belian elektronik, belian melalui TV, faks, E-mel dan Mel-Suara.

#4-Tim Jualan

Salah satu alat komunikasi paling mahal adalah tim jualan terutama apabila mereka banyak membuat kerja jualan di luar, berjalan dan menghabiskan banyak masa mencari prospek dan mengekalkan kepuasan pelanggan yang sedia ada.

Sekiranya mengambil kira bahawa hanya 30 peratus daripada masa seorang jurujual dihabiskan bersama pelanggan dan selebihnya digunakan untuk belajar tentang produk dan teknik menjual, menyiapkan laporan, menghadiri mesyuarat jualan, dan hal ini jelas memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menguruskan dengan baik.

Jurujual mempunyai kelebihan kerana mereka lebih efektif daripada iklan ataupun promosi melalui direct email. Jurujual berjumpa dengan pelanggan dan boleh membawa mereka makan tengahari dan menilai minat mereka, menjawab soalan dan bantahan, serta menutup jualan.

Penggunaan jurujual adalah penting jika perkhidmatan yang ditawarkan lebih kompleks. Jualjual mungkin satu-satunya faktor yang dapat menarik pembeli bagi membeli jenama syarikat.

Contoh tim jualan adalah, persembahan jualan, mesyuarat jualan, program intensif, sampel, pesta dan pameran perdagangan.

#5-Direct Marketing

Dengan dibantu oleh database marketing atau pemasaran pangkalan data, segmen, niche, amlah individu juga dicapai dengan lebih efektif. Syarikat perlu tahu menyusun nama dalam pangkalan datanya menjadi set nama yang mewakilil sebuah peluang pemasaran.

Memandangkan, pangkalan data syarikat merangkumi begitu banyak data, kumpulan-kumpulan pasaran ini tidak mungkin jelas kelihatan tanpa analisis yang lebih mendalam.

Contohnya, katalog, surat, telemarketing, belian elektronik, belian melalui TV, faks, e-e-emel dan mel suara.



Sumber 5 Jenis Komunikasi Dalam Pemasaran Untuk Orang Bisnes

Post a Comment

Previous Post Next Post