Sesebuah perniagaan itu perlu memikirkan apa adaptasi yang perlu dilakukan supaya terus maju dan berjaya dalam era informasi baru ini.
Memikirkan tentang bagaimana senario perniagaan anda dalam masa 5 tahun akan datang. Bagaimanakah perniagaan anda boleh menjana keuntungan?
Tindakan segera dan bijak perlu di ambil untuk menjawab persoalan sebegini. Anda perlu menyediakan laman web yang memaparkan tentang produk jualan anda, dan adakah laman web itu manarik minat pelanggan untuk melawatnya berulang kali?
Memudahkan cara pelanggan menghubungi anda sekiranya mempunyai persoalan, cadangan ataupun aduan adalah satu kelebihan jika anda boleh menjawab pertayaan itu dengan pantas.
Oleh yang demikian, anda perlu melalui revolusi informasi ini dengan bertindak mengikut masa dan peredaran zaman bagaimana cara pemasaran yang pantas dan mendatangkan keuntungan buat perniagaan anda.
#1-Pengiklanan
Pemasaran tradisional – menyediakan bahan bercetak, audio atau video dan menggunakan pada medium pengiklanan biasa seperti radio, suratkhabar, TV dan majalah. Selalunya maklumat yang dapat dipersembahkan terhad.
Cybermarketing – menyediakan maklumat yang terperinci dan mendalam pada laman web syarikat dan meletakkan pautan iklan pada laman web orang lain.
#2-Perkhidmatan Pelanggan
Pemasaran tradisional – menyediakan perkhidmatan 5 hari seminggu, lapan jam sehari di kedai mahupun melalui telefon. Menyediakan perkhidmatan penyelengaraan atau pembaikan di tapak.
Cybermarketing – menyediakan perkhidmatan respons 24 jam, tujuh hari seminggu, melalui faks, telefon atau emal. Boleh berdialog secara online dan membaiki dari jarak jauh melalui diagnostik komputer.
#3-Jualan
Pemasaran tradisional – menelefon ataupun melawat prospek dan pelanggan serta membuat demokrasi fizikal atau melalui projektor.
Cybermarketing – video conferencing dengan prospek dan membuat demonstrasi melalui skrin komputer.
#4-Penyelidikan Pemasaran
Pemasaran tradisional – menemubual secara individu, kumpulan fokus dan tinjauan melalui telefon atau pos.
Cybermarketing – menggunakan kumpulan berita untuk tujuan tinjaun melalui e-mel dan temu bual.
Sumber 4 Cara Bagaimana Cybermarketing Mengubah Cara Pemasaran Tradisional.