Aishah Buktikan Masih Berbisa

Aishah Buktikan Masih Berbisa

Aishah Juara Gegar Vaganza musim keempat. (Pic: Mazlan Yunos Photography)

Gegar Vaganza musim keempat (GV4) menutup tirainya malam tadi dengan menjulang Aishah sebagai juara musim ini. Konsert akhir yang berlangsung di Pinewood Iskandar, Johor Bahru, menyaksikan pertandingan sengit antara Aishah dan Liza Hanim.

Kemampuan Aishah ternyata hebat menandingi peserta-peserta lain dengan persembahan All By Myself nyanyian asal Celine Dion. Aishah membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang tanah, pakej pelancongan, sebuah trofi dan pelbagai hadiah sampingan lainnya.

Liza Hanim yang pada awal GV4 bersiaran sering disebut-sebut bakal menjadi juara terpaksa akur dengan kehebatan Aishah. Walaupun tewas, persembahan Liza Hanim tetap hebat dan tidak mengecewakan. Sebagai Naib Juara, Liza Hanim membawa pulang wang tunai RM50,000, sebidang tanah, pakej pelancongan, sebuah trofi dan juga beberapa hadiah sampingan lainnya.

Bekas penyanyi kumpulan Kristal, Lan, pula sedikit mengejutkan peserta-peserta lelaki lainnya apabila berjaya menduduki tempat ketiga. Beliau mengalahkan Hazami di tempat keempat, Firman kelima dan Tia Jimbara di tempat keenam.



Sumber Aishah Buktikan Masih Berbisa

Post a Comment

Previous Post Next Post