Ditipu ustazah di masjid, 10 jemaah gagal buat umrah

Hasrat seramai 10 jemaah yang mahu menunaikan umrah di Mekah tidak kesampaian akibat ditipu seorang ustazah. — Foto ReutersHasrat seramai 10 jemaah yang mahu menunaikan umrah di Mekah tidak kesampaian akibat ditipu seorang ustazah. — Foto ReutersALOR STAR, 18 Dis — Pasangan suami isteri menanggung malu kerana mereka belum menunaikan umrah walau telah mengadakan kenduri doa selamat.

Mangsa, 54 tahun dan isterinya, antara 10 mangsa yang menyertai pakej seorang “ustazah” yang dikenali mereka di sebuah masjid di Tandop, di sini, lapor Harian Metro.

Mangsa enggan mendedahkan identiti kepada akhbar itu.

Beliau dan isteri menggunakan simpanan RM14,200 hasil tanaman sawah, juga sudah menukar RM2,000 kepada mata wang riyal. Keseluruhan kerugian semua mangsa RM71,000.

“Saya malu setiap kali jumpa orang kampung, mereka akan tanya kenapa masih ada di rumah kerana sepatutnya berlepas ke tanah suci,” katanya.

Beliau mengadu kepada Persatuan Pengguna Kedah semalam, bersama seorang lagi warga emas yang mengesyaki RM7,100 miliknya, lesap.



Sumber Ditipu ustazah di masjid, 10 jemaah gagal buat umrah

Post a Comment

Previous Post Next Post